Saya baru upgrade 8mbps jugak, baru je minggu lepas. Tuan berpuas hati ke dengan hypptv tu? Saya kurang berpuas hati sikit sbb kualiti gambo dia macam hampas...

( HD bukan macam HD (nak banding dgn essteruk mmg bagai langit dan bumi). Yg channel SD pun alahai gambo blur sungguh. TV al hijrah lagi sedih, terpaksa di 'downconvert' dari HD kepada SD sampaikan gambar dia tak full screen, ada letterbox gitu. Sudahnya skrg dekoder hypptv tu mmg jadi gajah putih jelah kat rumah ni.
Hypptv via Unifi gambar cantik lagi, HD mmg macam HD (hampir menyamai kualiti HD essteruk) mungkin sbb unifi ada dedicated bandwidth 10 mbps khas untuk IPTV tak kacau bandwidth internet. Tapi hypptv via streamyx plak share skali dgn line internet, tu yg kualiti gambo tak berapa cantik tu.
Selection channel memang dah cun, especially untuk sports. Tukar channel pun laju. Zass sekelip mata dah keluar gambar.