walaupun topik lama, saya ingin memberi sedikit nasihat pengalaman dan rujukan kepada pengguna2 yang mungkin sedang tertanya-tanya soalan sama seperti diatas;
a. Astro Byond" ada "Single-Tuner, perlu HDD Western Digital My Passport AV untuk rakam
b. Astro Byond PVR ada "Dual-Tuner", disertakan bersama Western Digital 500GB HD
kedua2 rakaman dalam HDD ni akan di simpan dalam format *.STR di mana kawalan salinan di programkan menggunakan HDCP, nak copy fail rakaman boleh tapi perlukan hardware yang sama untuk di mainkan semula, penukaran HDD hanya support buatan Western Digital sahaja dari (250GB kepada maksimum 1TB) jenis AV (Audio Video).
HDD AV ni boleh di format dan digunakan kedalam mana2 komputer, manakala HDD biasa daripada komputer tidak boleh dibaca atau digunakan untuk merakam, sebab Astro decoder hanya support hardware itu sahaja.
melalui era teknologi sekarang, ada 3rd party "Conversion Engine" dimana format STR boleh di tukar kepada format MP4, dan disalin kepada USB drive untuk dimainkan dimana sahaja .. Google sahaja untuk ketahui caranya