ASNB Umum Pengagihan Pendapatan 6.5 Sen Seunit Untuk ASW2020

Recommended Brokers

Viere

CG Top Poster Club
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.5 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2011.

Ini merupakan kenaikan 0.15 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan 6.35 sen seunit tahun lalu, kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Katanya kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM909.05 juta, iaitu peningkatan 17.72 peratus berbanding jumlah pembayaran RM772.19 juta pada tahun sebelumnya.

Ahmad Sarji berkata sepanjang tahun kewangan ASW 2020 sehingga Julai 2011, pasaran saham secara amnya menunjukkan peningkatan berterusan berikutan pengumuman data-data utama ekonomi pada peringkat global dan domestik.

"Untuk tempoh akan datang, suasana ekonomi dan pasaran saham global dijangka lebih mencabar berikutan perkembangan terbaru ini," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASW 2020 di sini.

Menurutnya, sejak awal ogos tahun ini, saham negara menunjukkan penurunan yang begitu ketara disebabkan prestasi pasaran saham Amerika Syarikat yang mengalami penurunan apabila Standard & Poor's menurunkan tahap penarafan kredit AS dari tahap AAA ke AA+.

Sehingga 15 Ogos 2011, ASW 2020 telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM1.158 bilion.

Katanya keuntungan dari penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang RM526.07 juta atau 45.42 peratus, pendapatan dividen dari syarikat-syarikat pelaburan pula menyumbang RM442.82 juta (38.24 peratus) manakala sumber pendapatan dari pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain menyumbang RM189.27 juta (16.34 peratus) daripada jumlah pendapatan kasar tersebut.

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minima bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASW 2020, iaitu mulai 1 September, 2010 sehingga 31 Ogos 2011.

Pengagihan pendapatan akan mula direditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September tahun ini.

Sehubungan itu, semua urusniaga bagi ASW 2020 akan ditangguhkan mulai 25 Ogos sehingga 1 September bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

ASW merupakan dana berharga tetap di mana 51 peratus daripada saiz yang dibenarkan adalah dibuka kepada Bumiputera manakala 49 peratus dibuka kepada bukan Bumiputera. Pemegang unit ASW2020 adalah seramai 906,340 yang melanggan 13.94 bilion unit.
 
Sponsored Post

latest

Active+ Member
Joined
Apr 15, 2008
Messages
2,782
Reaction score
0
Points
20

syukurla, :):)
 
ahbond

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
4,348
Reaction score
65
Points
30
Alhamdullilah...semua org gembira untuk duit lepas raya...
Dan ada yang gembira kerana inilah peluang untuk menambah lagi dana ASW mereka....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register