BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASM umum dividen 6.60 sen

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Ahmad Sarji (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan nilai dividen ASM bagi 2014. FOTO: AZMI ARYANTO


AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 naik 0.10 sen berbanding tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan ASM tahun ini adalah 6.60 sen seunit berbanding 6.50 sen seunit pada 2013.

“Pengagihan pendapatan inibabitkan peruntukan RM947.10 juta berbanding RM912.03 juta tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 3.85 peratus serta memberi manfaat kepada lebih 530,000 pemegang unit yang melanggan 14.34 bilion unit ASM," katanya selepas mengumumkan pengagihan pendapatan tabung ASM di Kuala Lumpur, semalam.

Ahmad Sarji berkata, sehingga 17 Mac 2014, tabung ASM memperoleh pendapatan kasar RM1.16 bilion melalui keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat yang menyumbang 46.8 peratus dengan nilai RM544.94 juta.

“Selain itu, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat juga menyumbang RM434.49 juta atau 37.4 peratus dan selebihnya melalui pendapatan pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek sebanyak 15.8 peratus (RM183.39 juta),” katanya.

Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan tabung ASM di pejabat atau ejen ASNB seluruh negara mulai 1 April 2014, manakala penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan tabung ASM akan dihantar mulai pertengahan Mei 2014.
 
semalam pengerusi pnb ckp boleh bagi lebih 8%, mmg mcm tu la
selalu ckp bila umumkn dividen,
 
Back
Top
Log in Register