ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
ANGGOTA tentera yang cedera dihantar ke HTAA.
Kuantan: Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas trak dinaiki bersama tiga rakan terbalik dalam longkang di Jalan Gambang berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini, kelmarin.
Mangsa Lans Koperal Megat Irwanizam Ibrahim, 40, yang memandu trak berkenaan meninggal dunia jam 12 tengah malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dalam kejadian jam 4 petang Jumaat lalu, trak itu terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik ke dalam longkang dipercayai mengelak sebuah Perodua Myvi.
Difahamkan, pemandu Perodua Myvi itu dipercayai mengubah laluan dari kanan ke kiri secara mengejut.Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya
Source: http://www.hmetro.com.my/node/72469