BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ask:pecah lot tanah

aku pecah lot tanah 2.5 ekar last year dapat 16 lot, 1 lot dapat dekat 6000 kaki persegi kira luas tuk lot banglo..kos juruukur n cukai yg perlu dijelaskan kepada pejabat tanah dalam RM 20K+++,

nak pecah lot kene melalui juruukur bertauliah gak, kos2 mungkin berbeza susah nak cerite detail..berbeza antara negeri dan penilaian pejabat tanah..

pi cek bole ke pecah lot, ada sekatan ke, tanah termasuk kerajaan nak ambik ke, kene rezab jalan ke, pewaris or penama lain bole menuntut ke...

proses pecah lot ni makan masa 1 tahun bole capai bro..~X(, aku bukan broker, pecah tanah family je dapat la 4 lot buat banglo.

yang ni kire setiap lot ade geran la ye?
 
bro area mana..klu klantan n tganu..kite bulih bincang2..bg saya geran tanah photastat, sya akan kuarkan quotation n scatch drawing skali..
 
yang ni kire setiap lot ade geran la ye?

ye bro, setiap lot ada geran masing2, nak tukar nama masuk org lain kos lg, satu lot kalu jual MV 80k :D:D, tapi tanah ni payah nak dapat kalu ada tanah cantik2 simpan tuk anak la, aku dapat 4 lot, 2 lot wat rumah, 2 lg nak letak nama anak2.
 
penah tanya juruukur/perancang bandar, tp tak brp ingat. tak silap, kalau pecah lot kn ambikkira jln. saiz lot kn ambikkira jarak rumah dr bhg depan, blkg, kiri kanan.. lebih kurang gitulah. kiranya, tak straightfwd sgt lah..
 
ada kemusykilan...untuk kos juruukur dan duti kpd pejabat tanah tu siapa yg perlu bayar?adakah penjual berhak mengenakan bayaran kpd pembeli?
 
ada kemusykilan...untuk kos juruukur dan duti kpd pejabat tanah tu siapa yg perlu bayar?adakah penjual berhak mengenakan bayaran kpd pembeli?

tgk camne bro juallah. kalau bro jual pecah lot, bro kena tanggung. kalau bro jual main ekar2, tanpa pecah lot, boleh je suruh diaorang bayar.

den pun baru nak berjinak jinak.

tambahan kepada bro zdman punya post, yang den faham, kalau kat selangor, kena cek juga kot2 kalau kawasan tu diwartakan sebagai kawasan hijau, takleh tukar ke perumahan. kena maintain sebagai pertanian. tapi ni masalah kecik. boleh je pecah lot 1/4 ekar setiap 1, dan jual sebagai lot pertanian. kalau nanti peraturan berubah, boleh je pecahkan jadi perumahan. skrg ni kat selangor, syarat tukar status tanah ke perumahan, kena min. 1/4 ekar.
 
lagi 1, yang den perasan, leasehold atau freehold, yang penting tanah rizab melayu, takde masalah. ni, kalau nak kira sentimen politikla.:D:D
 
Tt buleh check dalam manual garis panduan dan piawai perancangan negeri selangor.PR1-3 PERUMAHAN BERTANAH (LANDED HOUSING)TQ
 
tgk camne bro juallah. kalau bro jual pecah lot, bro kena tanggung. kalau bro jual main ekar2, tanpa pecah lot, boleh je suruh diaorang bayar.

den pun baru nak berjinak jinak.

tambahan kepada bro zdman punya post, yang den faham, kalau kat selangor, kena cek juga kot2 kalau kawasan tu diwartakan sebagai kawasan hijau, takleh tukar ke perumahan. kena maintain sebagai pertanian. tapi ni masalah kecik. boleh je pecah lot 1/4 ekar setiap 1, dan jual sebagai lot pertanian. kalau nanti peraturan berubah, boleh je pecahkan jadi perumahan. skrg ni kat selangor, syarat tukar status tanah ke perumahan, kena min. 1/4 ekar.

ok bro..sbnrnye den ni pembeli..skrg ni penjual kenakan bayaran utk ukur dan kos berurusan dgn pejabat tanah..lps tu geran plak die xpecah kpd setiap pembeli..maknanya nama owner lama sbg pemegang amanah masih ada lg di geran cuma dia mskkan nama pembeli2 digeran tersebut...kalau mengikut prosedur, akan ada apa2 mslh ke sekiranya saya proceed utk beli tanah lot tersebut?:)
 
Aku baru dapat tanah lot 4700 sqft.... rm50k..... siap geran sendiri... bila dah tua nak dok kampung...
 
Back
Top
Log in Register