BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASEAN perlu perkukuh dagangan intra-serantau demi kekal berdaya saing

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25
584423069_1368153898011618_2744961350562473098_n.jpg

(Gambar: Facebook/Vivian Balakrishnan)

SINGAPURA: ASEAN perlu mengukuhkan perdagangan intra-serantau selain bertindak meningkatkan kesalinghubungan ekonomi agar seiringan dengan kepesatan perubahan landskap global, kata Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Sehubungan itu, beliau berkata perdebatan di Malaysia mengenai dasar perdagangan timbal balik, tidak harus beralih daripada keperluan lebih meluas untuk Malaysia dan Singapura meneliti semula strategi ekonomi masing-masing dalam aliran global yang berlaku.

IKLAN

“Persoalan lebih penting - apakah yang sedang diusahakan oleh Malaysia dan Singapura untuk membuat penelitian terhadap asas ekonomi kita? Di manakah peluang baharu? Siapakah rakan sedia ada yang kita perlu beri tumpuan dari segi tingkatkan kerjasama? Apakah ada peluang kerjasama baharu yang boleh diterokai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sembang santai bersama peserta Program Lawatan Wartawan Malaysia ke-17 anjuran Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura (MDDI), baru-baru ini.

Menjelaskan selanjutnya, Dr Balakrishnan berkata ASEAN misalnya perlu bertindak melipatgandakan usaha bagi meningkatkan aliran perdagangan di peringkat intra atau dalaman dan integrasi serantau tidak bergantung kepada kuasa besar.

“Kita perlu mengurangkan lagi halangan tarif dan bukan tarif ini, melabur dalam infrastruktur seperti Grid Kuasa ASEAN dan meningkatkan kesalinghubungan antara rakyat dan ekonomi kita,” katanya.

Rantau itu juga, katanya, perlu bersiap sedia menghadapi perubahan iklim serta ke arah peralihan hijau.

IKLAN

Selain itu, Malaysia dan Singapura merupakan sebahagian daripada rangka perdagangan utama, termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Berikutan itu, wujud potensi untuk memperluas kerjasama dengan anggota CPTPP yang lain serta rakan kongsi di Eropah, Afrika dan Amerika Selatan.

“Wujud banyak peluang dalam dunia yang sedang melalui proses penyusunan semula serta mengimbangi kembali aspek sumber, teknologi serta infrastruktur,” katanya.

Di sebalik cabaran itu, Dr Balakrishan menekankan kepentingan bagi Malaysia dan Singapura untuk mengekalkan keyakinan serta bekerjasama erat untuk merebut peluang yang ada.

“Singapura misalnya sudah pun berperanan sebagai pelabur utama di Malaysia, malah kita mahu melakukan lebih banyak lagi (usaha sedemikian),” katanya.

IKLAN

Beliau turut merujuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang disifatkan sebagai peluang terdekat dengan potensi pelaburan mencecah berbilion dolar yang dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan serta infrastruktur.

 
Back
Top
Log in Register