alphaOne
Super Active Member

- Messages
- 7,715
- Joined
- Apr 19, 2012
- Messages
- 7,715
- Reaction score
- 2,063
- Points
- 246
Jangan pandang dari segi negatif saja tuan, kita tahu memang bangsa lain jadi peneraju utama ekonomi dan kewangan. Tujuan saya buka thread ni adalah sebagai pembuka minda kita dgn pelbagaikan ekonomi. Penama sendiri perlu fikirkan baik buruk keputusan yang dibuat. Tidak semestinya menyewa atau memajak pada sembarangan orang. Saya rasa ramai bumiputra dalam CG ingin menambah pelaburan. Lagi sekali saya katakan, ini adalah perbincangan secara terbuka. Tetapi kalau tuan mod fikir saya dah melangkaui batas etika berforum Di CG. Saya tidak keberatan tuan mod menutup thread ini.
ini bukan pandangan negatif saya..tapi adakah anda sebagai bumiputera boleh meningkatkan tahap ekonomi anda dengan hanya memajak dan meraih keuntungan atas angin sahaja?? siapa yg lebih untung adakah pemajak atau penerima pajak?? adakah ini dikatakan suatu pembelaan jika anda memajakkan sesuatu yg hak anda kepada seseorang individu lain bagi tujuan meraih keuntungan?? sedangkan anda mampu untuk merubah hidup anda dengan sedikit usaha dan perancangan yg rapi..
maaf saya katakan..kita sebenarnya lebih berkemampuan untuk menerajui sektor ekonomi serta kewangan kerana ini adalah negara kita sendiri..hak kita sebagai bumi..tapi kite sering pajakkan pada org asing untuk diusahakan dan last2 kita katakan merekalah yg terbaik dalam sektor ekonomi..sedangkan semuanya adalah bergantung kepada kita..buanglah sifat malas, x berani, kekurangan ilmu yg ade dalam diri..saya tetap berpendapat memajakkan asb pada org lain bukanlah jalan yg baik dalam memberi keuntungan malah mendatangkan musibah..akan berlaku penipuan serta hasad dengki nanti..