BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB-just sharing

salam..
just sharing...
aku dah tanye kat JAKIM
pasal ASB ngan ASN

Kategori SYARIAH

--------------------------------------------------------------------------



SUB KATEGORI
Muamalat - Saham

--------------------------------------------------------------------------------

Tarikh Hantar Soalan : 14/05/2009 09:25 PM
Soalan : salam...

baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel di laman web ini :- http://www.zaharuddin.net/content/view/805/72/ dan http://www.zaharuddin.net/content/view/663/100/

1. saya ingin bertanya adakah Amanah Saham Bumiputra itu HALAL...

di harap pihak tuan dapat memberi penjelasan..

sekian, terima kasih

mencari yang halal adalah fardu' bg umat islam.
Jawapan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-80 tahun 2008 bersetuju memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta diveden atau bonus yang diterima adalah harus..

Status : Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan : HAN 4181
Tarikh Selesai : 20/05/2009 11:07 AM



Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
 
wow,..pernyataan yg membuatkan suma org puas ati,.. kajian yang bijak:)
 
Back
Top
Log in Register