boleh ker kita kuarkan duit dr ASB n simpan dalam tabung haji JD halal ker?? mcmn dgn faedah yg kita dapat sebelum nie.. benda tue pun nak di masukkan ke dalam tabung haji ker..
Salam.
Cerita lama kembali semula luka lama berdarahlah semula.
Tepuk dada tanya selera, nak labur atau tidak, hak anda.
Kalau rasa tak sedap rasa, keluarkanlah modalnya manakala
untungnya pula iaitu dividen dan bonusnya pejamlah mata
lupuskanlah ia. Cara nak lupus serahkan ke tempat bermanfaat
untuk umat. Jangan harap pahala sedekah didapat,
yang penting lepas dosa diri selamat rezeki kembali berkat.
Ustaz Zaharuddin ni dah jelaskan dan beri cadangan. ASB boleh
jadi halal menurut dia kalau jelas ke mana duit dilaburkan.
Pisahkan jadi dua, kaunter halal untuk yang khuatir dan
berwaspada. Kaunter konvensional untuk yang hentam saja.
Apaapapun
bacalah teliti dan saksama kat laman web dia.
http://www.zaharuddin.net/content/view/224/100/
Pilihan anda hak anda untuk suka tak suka terima tak terima.
Pilihan sudah sedia ada kalau nak terima kata UZAR atau
Majlis Mufti yang lebih kaliber. Sebab nak untung terjamin
dilindungi dan ada manfaat istimewa, kita nak bidas
perlekeh hentam dan aibkan orang yang tidak sekata
dengan kita. Kita ada akal dan daya fikir yang sentiasa
bekerja, gunakanlah ia dengan merujuk mengkaji dan
membanding semua fakta.
Kalau kata tak ada jalan lain melabur, terlalu banyak
instrumen dan tergolong masyhur. Ada unit trust tempatan
dan dari luar, nak tahu yang lebih complicated tanyalah
pakar. Malaysia kini pun makin masyhur tempat syeikh2
Arab dan jutawan Barat melabur sebab ada banyak
instrumen perlabuan yang menguntungkan sebab pakai
syariah punya peraturan lebih transparan dan
menyakinkan dari instrumen yang banyak main jangkaan
dan samaran.
Nak masuk terus bursa saham yang patuh syariah pun ada,
simpanan dilindungi dan dijamin keuntungan menurut
syariah pun ada, perlaburan jangkamasa panjang
modal dilindungi dan dijaming keuntungan pada
nilai tertinggi pun ada, perlaburan dalam koperasi
patuh syariah pulangan jangkaan tinggi pun ada,
beli saham bank patuh syariah pun ada, perlindungan
dan perlaburan bukan insurans tapi takaful berlandaskan
syariah pun ada, yang penting
macam-macam ada asal
dapat tahu dia patuh syariah atau non-compliant punya.
Nak cari rezeki dan untung bukan ASB saja. Kalau niat
betul2 nak dapat rezeki Allah akan beri dan cari yang
halal dan diredai, Allah akan berkati dan lindungi.