BTC USD 84,082.6 Gold USD 4,271.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB haram??

skrg nih.. dia tukar term nama islamic jer.. padahal benda sama jer dgn riba. pernah dgr ceramah berkenaan dgn back door riba.


betul dh tu tuan.. islamic pn sebenarnya riba tapi dorang tukar term.. pusing sana pusing sini sikit.. jadi la islamic.. :eek:

and islamic ada capped interest tu.. tapi islamic loan selalunya interest dia lebih tinggi berbanding conventional.. so indirectly bayaran tiap2 bulan kita pn lbh mahal..
 
Cuba pala otak engko ni pikir sikit....kalo bank tak amek untung/interest,macam mana dia nak untung?
 
skrg nih.. dia tukar term nama islamic jer.. padahal benda sama jer dgn riba. pernah dgr ceramah berkenaan dgn back door riba.

itu yang aku kata so called islamic tu tuan.. pusing sana pusing sini tukar term riba je kategorikan sebagai islamic..
 
UZAR kena explain pasal ni macam dia explain forex..:))
 
banyak bende haram yg masih subur dalam ekonomi malaysia... :(
 
Cuba pala otak engko ni pikir sikit....kalo bank tak amek untung/interest,macam mana dia nak untung?

haha betui tu.
bila sebut caj perkhidmatan, orang komplen mahai jugak..
kalau xde caj ni semua, mcmana la nk bayar gaji pegawai bank, despatch yg nk pi hantar document loan tu nk naik moto minyak sapa nak bayar..

aku faham tentang back door riba, tp sistem kapitalis dah kuasai dunia sejak zaman sahabat lg.
kita xboleh lari. cara paling selamat adalah pinjaman islamic/pembiayaan. (islamic guna term pembiayaan).

sbg contoh, loan rumah.
contract adalah sewa beli rumah.
bank beli rumah dr pemaju. rumah jd hak milik bank..
dalam akad sebenarnya owner sewa rumah dari bank.
selepas tempoh perjanjian, rumah akan jadi hak milik owner.
so nanti kalau org tanya rumah hang ka? jawab je rumah bank. aku sewa dengan bank.. huhu
*konsep sama dengan loan kereta.. personal loan aku tak tau konsep mcmana.

penah baca artikel sorang ulama ekonomi.
ramai ulama yg perlekeh kan kewangan islamic.
tp apa usaha anda untuk selamatkan orang islam dari riba?
nk turun harga kereta sampai bwah 10K ker? turun harga rumah sampai orang beli cash ker?
klu xboleh semua ni. terpaksa la buat sistem bank islamic walau pun guna pendekatan hadis yg lemah..
 
GST kira haram x... kekeke.. bukan sepatutnya cukai perkhidmatan tu patutnya syarikat atau restoren ke kena bayar..asal rakyat lak kena.. heheheh
 
Back
Top
Log in Register