BTC USD 83,986.1 Gold USD 4,292.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB atau EMAS?

Ko ni cakap pasal riba' dalam beli tapi suruh orang invest dalm ASB (gharar dalam investmentnya). Macam mana tu? Halal ke invest dalam ASB?

sebab tu aku cakap kene refer pada yg lebih arif.
sebab aku tak berapa nak arif.
orang yg lebih arif telah mengharuskan ASB & aku yakin. so, aku invest.


anyway...bukan kat sini nak bincang pasal tu, harap boleh refer kat thread lain.
 
HARAM kerana ada unsur2 keraguan (gharar) dalam penggunaan wang oleh pihak ASB dalam pelaburannya.


Memang betul. Ia menjadi HARUS atas dasar kepentingan ramai.
Ini saya quote dari Majlis Fatwa Selangor

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155

Boleh baca lebih lanjut di web Ustaz Zaharuddin.

So tepuk dada tanya iman..

Ini sekadar pengamatan lemah saya sahaja. Why not invest dalam emas jongkong. 5 tahun kebelakangan ni naik 250% !!!


jika begitu...sepatutnya disampaikan perkara ini kepada Majlis Fatwa kebangsaan bagi mengelak lebih ramai yang keliru...perkara nie dah banyak kali dibincangkan...tp kenapa masih tiada lagik sebarang tindakan?
 
kalau macam kedai my diamond / tomei....harga emas akan diupdate setiap 3 bulan (4 kali sethn). Tapi kalau white gold/platinum 3 kali setahun.

nasi tambah...
harga emas dikedai2 emas fgjam

Harga Emas 25/11/2009: (Retail Price)
999 Gold : RM150.00/gm
916 Gold : RM142.00/gm
835 Gold : RM130.00/gm
750 Gold : RM118.00/gm
375 Gold : RM63.00/gm
Last updated on 25 Nov 2009

Harga Emas 19/12/2009: (Retail Price)
999 Gold : RM146.00/gm
916 Gold : RM138.00/gm
835 Gold : RM127.00/gm
750 Gold : RM115.00/gm
375 Gold : RM62.00/gm
Last updated on 19 Dec 2009

kan dah turun sikit tuu...
 
HARAM kerana ada unsur2 keraguan (gharar) dalam penggunaan wang oleh pihak ASB dalam pelaburannya.


Memang betul. Ia menjadi HARUS atas dasar kepentingan ramai.
Ini saya quote dari Majlis Fatwa Selangor

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155

Boleh baca lebih lanjut di web Ustaz Zaharuddin.

So tepuk dada tanya iman..

Ini sekadar pengamatan lemah saya sahaja. Why not invest dalam emas jongkong. 5 tahun kebelakangan ni naik 250% !!!

So kalu kita melabur kat Johor, kira harus la sebab Majlis Fatwa Johor x kuar fatwa pun..

Ustaz Zaharuddin ni Mufti ke? :-?
 
kawan cadangkan..kita stop pasai arguement ttg product ASB nie dari segi hukum....

molek sdr kurtkantoi bukak thread lain...sbb thread nie perbincangan antara ASB atau Emas..bukan hukum nya....

tak molek kawan ghasanya...kita rosakkan perbincangan thread nie ttg isu2 yang tak berkaitan lak...

next perbincangan antara emas vs asb
 
sebab tu aku cakap kene refer pada yg lebih arif.
sebab aku tak berapa nak arif.
orang yg lebih arif telah mengharuskan ASB & aku yakin. so, aku invest.


anyway...bukan kat sini nak bincang pasal tu, harap boleh refer kat thread lain.
Bagi bagi link supaya perbincangan hal ini dapat dibicarakan sesuai dengan topik :)cgrock

jika begitu...sepatutnya disampaikan perkara ini kepada Majlis Fatwa kebangsaan bagi mengelak lebih ramai yang keliru...perkara nie dah banyak kali dibincangkan...tp kenapa masih tiada lagik sebarang tindakan?
siapa la saya nak sampaikan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Tapi yang jelas Majlis Fatwa Kebangsaan tidak meletakkan label halal untuk investment di ASB.
Yang menjadi persoalan sekarang, kenapa ASB sendiri tak lantik Majlis Penasihat Syariah mereka sendiri agar Majlis ini dapat meninjau pelaburan yang dilakukan

So kalu kita melabur kat Johor, kira harus la sebab Majlis Fatwa Johor x kuar fatwa pun..

Ustaz Zaharuddin ni Mufti ke? :-?
Untuk profil beliau boleh rujuk di web www.zaharuddin.net
Ini petikan dari web beliau berkenaan pelaburan ASB:
saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.
Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

" The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram

Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-


1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.
 
kawan cadangkan..kita stop pasai arguement ttg product ASB nie dari segi hukum....

molek sdr kurtkantoi bukak thread lain...sbb thread nie perbincangan antara ASB atau Emas..bukan hukum nya....

tak molek kawan ghasanya...kita rosakkan perbincangan thread nie ttg isu2 yang tak berkaitan lak...

next perbincangan antara emas vs asb

Ok la.. antara ASB dan Emas.. Halal dan Haram kat thread lain pulak..
 
kawan cadangkan..kita stop pasai arguement ttg product ASB nie dari segi hukum....

molek sdr kurtkantoi bukak thread lain...sbb thread nie perbincangan antara ASB atau Emas..bukan hukum nya....

tak molek kawan ghasanya...kita rosakkan perbincangan thread nie ttg isu2 yang tak berkaitan lak...

next perbincangan antara emas vs asb
Ok. Saya orang baru. Tak tahu bahagian mana yang berkaitan. Apa-apa pun antara asb vs emas saya meletakkan sokongan terhadap emas. Banyak info pasal emas boleh ambil di web www.jutawanemas.com :)cgrock
 
Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.
kawan kasik yang ujung dari page hang...
sbb kawan takut...apa yg disampai UZAR dah leh jadi fatwa plak..so dia sendiri ada mention...klu ragu2...jgn inbest dalam ASB.

noted...
 
dua dua tu tak syariah compliant..
nak ke invest dan makan duit haram?
ASB bank negara dah arahkan bank bank supaya jgn offer kat Muslim..
sebab tak compliant...emas bukan komoditi,then dia punye investment mcm mana?apa terms dia pakai utk trade gold?kemana pergi duit or gold tuh?
aku syorkan cari channel lain utk invest..banyak dah product islamic kat luar tuh...berbaloi.


just my singgit 2 kupang.
 
Back
Top
Log in Register