BTC USD 84,168.0 Gold USD 4,266.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB 2 & Credit Card MAYBANK

bukan tak mau cite.. tapi objektif utama sy bukak program ini adalah untuk melangsaikan hutang. maknanya buat loan, bayar loan lama & dlm masa sama buat satu investment / bisnes yg leh generate income dan leh bayar loan dlm masa singkat..

jadi TT bukan setakat offer Loan utk settlekan loan2 lain, tapi juga membawa investment program bersamanya.

betul kan? atau ada penerangan lain?
ada kaitan dengan MLM tak?
 
jadi TT bukan setakat offer Loan utk settlekan loan2 lain, tapi juga membawa investment program bersamanya.

betul kan? atau ada penerangan lain?
ada kaitan dengan MLM tak?

Zcatz,

u are right... betul tu.. tujuan sy buat program ni adalah utk men-consult people kearah kewangan.. dan tiada kaitan dgn MLM..
 
87,583 bankrap, 5.1 peratus kerana kad kredit
14/12/2010 3:53pm


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seramai 87,583 individu diisytiharkan

bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini.


Ekoran daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, langkah itu perlu diambil kerana angka yang dicatatkan dipandang serius kerajaan kerana majoriti mereka yang terlibat adalah daripada kalangan generasi muda.


"Semestinya pihak kerajaan akan memandang serius dan saya bercadang akan berjumpa pihak berkenaan dalam mengendalikan isu ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Mohamad inginkan penjelasan berhubung tindakan yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu itu di mana menurut beliau kira-kira 23 peratus pengguna kad kredit di kalangan generasi muda telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang ekoran kadar faedah yang tinggi iaitu antara 12 hingga 18 peratus. - Bernama

*Ayuh, hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan anda...
 
Skim cepat kaya: Lebih 3,000 orang terpedaya
14/12/2010 6:32pm

KUALA LUMPUR 14 Dis. — Kerana terpedaya dengan janji pendapatan yang lumayan dalam tempoh singkat melalui pelbagai skim pelaburan, lebih 3,000 orang kerugian berjuta-juta ringgit dalam masa enam bulan lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, kes terbaru yang dilaporkan ialah RM40,000 untuk perniagaan rumpai laut menggunakan mesin serba guna, Mat Kiosk yang menjanjikan pulangan sebanyak RM2,000 setiap bulan.

“Syarikat terbabit telah membayar RM2,000 selama tiga bulan seperti yang dijanjikan dan selepas itu gulung tikar, hilangkan diri dan akhirnya mangsa-mangsa yang terlibat dalam pelaburan ini menderita dengan kerugian lebih RM100 juta,” katanya pada sidang media aduan Skim Cepat Kaya di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.

Katanya, syarikat tersebut telah mendapatkan pinjaman daripada pihak bank untuk mendapatkan mesin yang diimport dari luar negara dan selepas kejadian itu, mereka menghilangkan diri dengan mesin tersebut sekali.

Justeru, beliau meminta orang ramai menggunakan agensi-agensi kerajaan untuk mendapatkan nasihat melabur seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Bank Negara dan Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register