geesya
In Memory - AlFatihah
- Messages
- 7,458
- Joined
- Aug 6, 2009
- Messages
- 7,458
- Reaction score
- 245
- Points
- 73
Asas Yang Pudar.
Bismillahirrahmanirrahim...
1995. Sudah 15 tahun aku meninggalkan alam persekolahan.. Di tingkatan 5 waktu itu semua calon SPM akan mengikuti ujian PAFA
( Fardhu Ain ). Di tanya ttg brp Rukun Islam..Rukun Iman..cara2 solat,membersihkan najis mughalazah,mahafafah dan mutawasitah.., cara melafazkan azan dan qamat, cara wudhu dan bertayamum serta lain2 lagi.. Alhamdulillah.. aku lulus.. dan menurut fahaman aku pada ketika itu.. ilmu asas agama yg ada sudah cukup kerna aku telah lulus 'FARDHU AIN'.
2002 aku pulang ke Malaysia selepas 5 thn di negara orang. Sejak itu aku lalui hidup tanpa ayah yg telah kembali ke Rahmatullah..(al fatihah ).
Pada waktu berusia 25 thn, aku mula terasa tua.. Selang beberapa tahun, waktu pertama kali menjejak kaki di Pondok Sintok Kedah membuatkan aku teringat bahawa sudah lebih suku abad aku hidup di bumi Allah tanpa merasa gerun akan kejahilan diri.. Muzakarah pertama bermula dgn hal yg berkaitan ttg FARDHU AIN. Satu perkara yang aku merasa sudah aku kuasai sejak berumur 15 thn. Dengan penuh keyakinan aku menjawab beberapa soalan dari seorang ustaz yg berwajah tenang ttg hal2 yg terdapat didalam FARDHU AIN.
Tapi pada hari itu aku juga ditanya..apakah aku pasti bahawa ilmu FARDHU AIN yang telah aku ketahui itu benar2 menepati perkara asas dalam kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam..? Dgn teragak2 aku menjawab.."Ya Ustaz.."
Ustaz Zainal Abidin tersenyum sambil menerangkan.. "Asasnya..Fardhu Ain itu di bahagi kepada 3 bahagian.." Penerangan awal yang membuat aku lebih teliti mendengar.. "Bahagian yg pertama meliputi bab TAUHID/USULUDDIN. Bahagian yang kedua meliputi bab FIQH dan bahagian yang ketiga meliputi bab AKHLAK". Aku bertanya.."Macamana tu ustaz?"
"Bab TAUHID iaitu yang pertama dlm FARDHU AIN merupakan hal yg penting dlm agama. Didalam bab ini selayaknya kita mempelajari hal2 yang berkaitan dgn SIFAT2 ALLAH. Selayaknya kita mengenal sifat2 yang WAJIB, MUSTAHIL, dan HARUS bagi Allah. Kenal dalam kadar faham agar kita kenal ALLAH yang kita sembah..(awaluddin makrifatullah..awal agama mengenal Allah). Bukan sekadar menyebut, tetapi kefahaman itu tadi akan menguatkan diri sekaligus menyelamatkan kita dari terjerumus ke dalam SYIRIK!!!. Berapa ramai yg tahu..dan berapa ramaikah yang lulus? Dan berapa ramaikah yang tidak tahu dan tidak pernah ambil peduli bahawa mereka belum pernah mengenal Allah bersesuaian dgn apa yg dituntut dalam agama"..kata-kata ustaz Zainal membuat aku terpaku. Aku termasuk dalam golongan jahill..mungkin hafal tetapi tidak tahu maknanya..mungkin tahu makna tetapi tidak tahu kefahamannya..
Ustaz menyambung."Bagaimana jika seseorang yang tidak kamu kenali duduk disebelah kamu. Dia tidak mengenal kamu tetapi dlm masa yg sama mengaku akrab dgn kamu dalam segala aktiviti harian. Bersukan,berehat,membeli belah dan lain2?. Bukankah dia seorang yang pembohong? Dan hari ini..diatas makna 'AKU BERSAKSI BAHWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH'.., adakah kita seorang yang jujur sedangkan sifat2 yang wajib, harus dan mustahil bagi Allah itu,tidak pernah kita fahami..? Bukankah kita seorang pembohong? Dan adakah Allah S.W.T menerima ucapan Syahadah itu tadi sedangkan kita belum dapat menjawab soalan..ALLAH yg seperti apa dan bagaimana yang kamu sembah itu!!? Banyak kaum yg mengaku Ketuhanan Allah tetapi turut mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri. Dan pastinya hal itu tadi salah dan ditolak dalam Islam. Sejauh mana ilmu yg ada utk kita sandarkan pada kewujudan Allah jika kejahilan kefahaman ttg ketuhanan Allah yang kita anuti itu tadi ternyata masih tetap ditolak dalam agama lantaran kejahilan kita sendiri?. Bukankah hasilnya kita sama seperti puak2 pengubah Taurat dan Injil ? Hakikatnya kita belum mengenal Tuhan kita!!!". Lembut tetapi kata2 Ustaz Zainal seperti halilintar memecah dadaku..
Ustaz Zainal tenang memandangku sambil menyambung "Bab yang kedua dalam Fardhu Ain ialah bab Fiqh. Dalam bab ini baru diajar hal - hal yang berkaitan dengan ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji, hadas, air, perniagaan dan sebagainya. Dalam kata-kata lain, bab fiqh meliputi syarat, rukun dan cara - cara utk mengerjakan sesuatu ibadah. Dijelaskan cara bersuci..ttg airnya.. Dijelaskan cara bersolat..ttg rakaat, waktu, dan sebagainya.. cara berpuasa, pernikahan dan lain - lain. Hal - hal ini terkandung dalam hukum fiqh, bab yang kedua dalam ( FARDHU AIN )" Penerangan ustaz cukup jelas memberitahuku bahawa dalam ujian PAFA SPM yg aku lalui, hanya seputar masalah ibadat..tanpa melibatkan bab pertama.. Tauhid/Usuluddin. Penilaian terhadap kejahilan diri semakin meningkat... Astaghafirullah....
"Bab yang ketiga berkaitan dgn AKHLAK. Dalam bab ini kita dituntut mengenal..sifat2 yang KEJI( Mazmumah ) dan wajib dijauhkan, serta mengenal sifat2 yg ter PUJI dan wajib bersifat dengannya. Sebenarnya ini yg merupakan perkara asas yg perlu diketahui dlm Islam... Tetapi pada hari ini..FARDU AIN dianggap remeh kerana manusia menganggap mereka telah mengenal ISLAM berdasarkan pada fahaman pemikiran mereka sendiri.." dan ustaz Zainal memandangku..
.... Dan pada waktu itu..manusia yang berumur lebih suku abad ini terdiam agak lama beberapa detik.. "Aku yg berumur hampir 30thn..baru mula belajar..FARDHU AIN... "Pujian bagimu Ya Allah..atas terbukanya pemahaman ini..Ampuni aku Ya Allah di atas kelalaian hambaMu ini..selama ini aku hanya berpegang pada ASAS YANG PUDAR....Astaghafirullah...."
CnP dari wall Strange Pip.