BTC USD 83,904.3 Gold USD 4,184.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASAL USUL SOLAT 5 WAKTU

allah maha besar,
setiap benda mempunyai hikmah nya,
allahuakbar
 
Hikmah Solat 2 rakaat

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud

"Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti aka! n datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam=macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...
" Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... .." "


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
Wallahualam
 
Solat yg di fardhu kan

SOLAT SUBUH

:)
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s sembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
 
SOLAT ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s, iaitu tatkala Allah s.w.t telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, iaitu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua : Tanda besyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah s.w.t.

Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
 
aku nak tanya pasal solat qadha..kalau masa dulu kita x pernh solat 5 waktu ..perlukah kita gantikan solat tu skrg ni..solat qada tu waktunya bila? saya minta pandgan yang arif tentang hal ini..
 
SOLAT ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s, iaitu tatkala Allah s.w.t telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, iaitu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua : Tanda besyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah s.w.t.

Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

rujuk thread ni...http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=42924
 
aku nak tanya pasal solat qadha..kalau masa dulu kita x pernh solat 5 waktu ..perlukah kita gantikan solat tu skrg ni..solat qada tu waktunya bila? saya minta pandgan yang arif tentang hal ini..

aku rs bleh qada bila2 masa je..

sbb selepas waktu asar just tidak boleh solat sunat tp boleh qada solat..jd tiap2 masa leh qada solat..

betulkan ana sekiranya silap..
 
klu tak solat trus pas tu mati cam na...#:-S
 
Back
Top
Log in Register