Untuk mempertahankan negara, raja Siam terpaksa gadai prinsip.
Anak anak dihantar belajar ke luar negara.
Tapi yang bagusnya, berbeza dengan raja raja Melayu, yang anak hampir semua hantar ke Britain, raja Siam hantar anak ke seluruh dunia seperti Uk, Perancis dan Us.
Hasilnya, pendedahan yang global, tidak hanya tertumpu kepada pemikiran British.
Siam dan kemudian Thailand, terpaksa benarkan buminya digunakan oleh Jepun semasa perang dunia kedua, Komunis semasa perang dingin dan kemudiannya US semasa perang Vietnam.
Pada aku, apabila memberi peluang bumi digunakan oleh Us, akan membawa kehancuran sosial.
Lihat di Thailand apabila digunakan sebagai R&R, rest and recreation stop oleh tentera US semasa perang Vietnam.
Lihat di Filipina apabila Subic Bay digunakan sebagai pangkalan US Navy.
Rosak anak gadis setempat
Malah di Jepun pun, sebuah negara maju, apabila US buat base di Okinawa, jenayah rogol melibatkan tentera US tidak sedikit.
Bila kerajaan Jepun mahu menangkap dan mendakwa, tentera terbabit akan dipindahkan ke Us balik.
Malah, dikatakan, setiap kali battle group aircraft carrier US berlabuh di perlabuhan Klang, kes cabul sering berlaku malah meningkat di kelab kelab malam di sekitar lembah Klang. Banyak kes tidak dilaporkan.
Nampak macam Yakjuj Makjuj tentera US ni.