BTC USD 83,887.8 Gold USD 4,279.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asal perkataan Angin Ahmar

samesame

Active+ Member
gem
Messages
4,547
Joined
Sep 8, 2011
Messages
4,547
Reaction score
1,241
Points
111
Maksud ahmar ialah merah, jadi angin ahmar ialah angin warna merah. Jadi kenapa penyakit strok dipanggil angin merah?

Renungkan ayat dibawah.

"Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang"; (Ar-Rahmaan 55:15)

"Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma". (Al-Hijr 15:27)

Dari penafsiran seorang ustaz, maksud dr surah Ar-Rahman, jin dijadikan bukan direct dari api tapi yg dimaksud api yg menjulang itu ialah bahagian hujung api tapi bukan asap. Jadi ia adalah haba yg panas. Ada jenis jin yg warna merah sbb dia dijadikan dgn api yg berwarna merah.

Bukti ini dikuatkan lg dgn surah Al-Hijr. Allah menceritakan bahwa dia menjadikan jin dari angin api yg panas dan boleh menyerap ke jiang roma(termasuk urat darah).

Dan berdasarkan kisah ini:

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang.

Inilah cita angin ahmar iaitu jin yg berwarna merah dan meresap masuk ke urat saraf.
 
saya ada dapat doa untuk angin ahmar nie.
yg penting jika terkena, nak kena cepat berubat.
Di doakan dan disapu ke bahagian terbabit, ada brg2 diperlukan
 
pelik.. Nabi bleh bangga diri? :-?
 
so betul ler dialog dalam filem P Ramlee tu...
 
Maksud ahmar ialah merah, jadi angin ahmar ialah angin warna merah. Jadi kenapa penyakit strok dipanggil angin merah?

Renungkan ayat dibawah.

"Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang"; (Ar-Rahmaan 55:15)

"Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma". (Al-Hijr 15:27)

Dari penafsiran seorang ustaz, maksud dr surah Ar-Rahman, jin dijadikan bukan direct dari api tapi yg dimaksud api yg menjulang itu ialah bahagian hujung api tapi bukan asap. Jadi ia adalah haba yg panas. Ada jenis jin yg warna merah sbb dia dijadikan dgn api yg berwarna merah.

Bukti ini dikuatkan lg dgn surah Al-Hijr. Allah menceritakan bahwa dia menjadikan jin dari angin api yg panas dan boleh menyerap ke jiang roma(termasuk urat darah).

Dan berdasarkan kisah ini:

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang.

Inilah cita angin ahmar iaitu jin yg berwarna merah dan meresap masuk ke urat saraf.

mmg benar...dan kite dinasihat membaca 1 surah ahmar skali umur hidup utk elak jin ni
 
Last edited:
dari ape yg aku tau la....sbb tu org tua2 slalu brpesan jgn brada diluar rumah wktu mgrib...nti kne pnyakit susah nk baik...klau kite pkirkan blik,time2 maghrib tu byk iblis n syaitan ni merayap dan waktu mgrib jgak kadang2 trjadi cahaya merah @ nenek Ku pggil rembang merah..@ angin jahat @ angin syaitan..Wallahualam..
 
Angin ahmar dengan strok rasanya benda sama, akibat pengumpulan kolestrol dalam pembuluh darah menuju kebahagian otak tertentu, so bila darah tersekat ke otak ada bahagian otak yg rosak yang menyebabkan strok , rasanyalah, kalau salah tolong betulkan.
 
Back
Top
Log in Register