BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Asal nama Kota Sarang Semut

paparo

Active+ Member
Messages
4,951
Joined
Apr 17, 2010
Messages
4,951
Reaction score
94
Points
65
kssemut1_1564885846.jpg



ADAKAH wujud sebuah kota yang didiami oleh tentera semut seperti mana yang digambarkan masyarakat dulu di pekan kecil yang diberi nama Kota Sarang Semut?



Mungkin tidak ramai generasi hari ini mengetahui sejarah di sebalik nama Kota Sarang Semut yang terletak di Mukim Sala Kechil, Daerah Kota Setar, Kedah.



Namun begitu, terdapat versi berbeza dikaitkan dengan kewujudan nama pekan itu unik ini. Pekan kecil dengan keluasan 2,000 meter persegi pernah dikaitkan dengan bahasa Langkasuka iaitu Kota Sereng Semet bermaksud kota yang ditinggalkan askar.



Penghulu Mukim Sala Kechil, Aminuddin Ahmad, 45, berkata dalam versi lain pula, Kota Sarang Semut dikatakan wujud ketika kerajaan Siam menyerang Kedah.



Tempat ini dijadikan antara kubu tentera Sultan Kedah untuk mempertahankan negeri dari diserang tentera Siam.



“Ketika pembinaan kubu, tempat ini dipenuhi sarang semut. Oleh demikian tentera yang berkubu di sini menamakan tempat ini dengan nama Kota Sarang Semut.



“Bagaimanapun, cerita dari mulut ke mulut ini tidak dapat dipastikan kesahihannya,” katanya.



Kota Sarang Semut adalah pekan kecil dengan kedudukannya terletak di selatan daerah Kota Setar bersempadan daerah Yan dan Pendang di Kedah.

kssemut3_1564885852.jpg


Deretan rumah kedai lama di Pekan Kota Sarang Semut. - NSTP/Amran Hamid


Jarak perjalanan dari pusat bandar Alor Setar mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dengan kereta manakala perjalanan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui susur keluar tol Pendang hanya mengambil masa antara lima hingga 10 minit.



Kota itu dikelilingi pemandangan sawah padi, berdekatan Gunung Jerai, pemandangannya menarik kerana berlatar belakangkan sawah padi terbentang luas dan keindahan Gunung Jerai. Pemandangan lebih memukau terutamanya pada waktu senja.



Sambil menyaksikan pemandangan indah, pelancong ke kota itu rata-rata akan singgah ke gerai bagi menikmati sajian makanan laut popular antaranya mi ketam dan gulai kari ikan segar.



Antara gerai popular di situ dan menjadi tumpuan pelancong ialah Kedai Gulai Ikan Nyoq-nyoq Pak Om dan Mee Ketam Kry Mamak..



Selain datang menyaksikan pemandangan, pelancong terutama kaki pancing tidak melepaskan peluang memancing melalui Jeti Kuala Sala yang terletak sekitar tiga kilometer dari pekan berkenaan.



Selain itu, pelancong juga dapat melihat kesan sejarah Terusan Wan Mat Saman yang juga terusan terpanjang di Malaysia.

kssemut2_1564885849.jpg


Sawah padi yang menjadi punca pendapatan kebanyakan penduduk di Kampung Pisang, Kota Sarang Semut . - NSTP/Amran Hamid


Selari dengan perkembangan dan penempatannya, tempat itu mempunyai lapan kampung malah terdapat beberapa nama kampung yang unik dan pelik antaranya Kampung Bakar Sampah, Kampung Pulau Jerat dan Kampung Pengkalan Bot.



Aminuddin berkata, pembangunan kota terbabit berkait rapat dengan struktur geografi yang terletak di selatan Alor Setar, yang juga pintu masuk dari selatan ke daerah Kota Setar.



Jajaran perhubungan jalan raya meletakkan Kota Sarang Semut di tengah-tengah antara Sungai Petani dan Alor Setar.



“Sungai Petani adalah antara pusat perindustrian di Kedah manakala Alor Setar pula pusat pentadbiran kerajaan negeri. Secara tidak langsung, Kota Sarang Semut menerima kelebihan kesan pembangunan memberangsangkan,” katanya.

kssemut4_1564885855.jpg


Dataran Usahawan yang terdapat di Pekan Kota Sarang Semut. - NSTP/Amran Hamid


Info Kota Sarang Semut



• Anggaran penduduk - 3,000 hingga 4,000 orang



• Keluasan - 4,000 meter persegi (4km)



• Laluan Terusan Wan Mat Saman sepanjang 2.5 km



• Sereng bermaksud askar tinggal



• Semet pula membawa maksud askar semua



• Terdapat lapan kampung di kota itu
 
Versi 1

Kota Sarang Semut adalah sebuah bandar kecil di Kedah, Malaysia. Ia terletak berhampiran km 16 di sepanjang Alor Star - Gurun utama Jalan JKR-FT1 di persimpangan ke bandar Pendang.

Nama diterjemahkan bermaksud City of Anthills. Kisah yang berlaku ketika Raja Sulaiman melintasi tempat ini dengan rombongan gajah. Semut-semut itu, takut bahawa mengacaunya akan memusnahkan rumah mereka, merayu rahmat dan didengar oleh Raja Sulaiman. Dia kemudian memberi amaran kepada rombongannya supaya tidak melangkah atau mengacau sarang-sarang semut disitu.

Hari ini, jalan persekutuan utama memotong melalui bandar yang tenang dari Gurun ke Alor Setar. terusan Wan Mat Saman, sebuah kanal bersejarah yang menyalurkan air ke sawah di Kedah sejak hari penjajahan juga melalui pusat bandar.

Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan menjadikan bandar ini kurang dikenali dan dikunjungi kecuali bagi mereka yang masih suka mengembara dengan cara lama. Untuk mengimbangi kerugian, bagaimanapun, lebuh raya meletakkan bandar di papan tanda menandakan keluar terdekat (175).


Versi 2

Kota Sarang Semut mengikut bahasa Langkasuka dipanggil Kota Sereng Semut. Ia menurut Tn. Hj. Ismail Salleh tidak bersangkut paut dengan sarang semut. Sereng bermaksud askar tinggal manakala semet membawa maksud askar semua. Oleh itu pengertiannya ialah kota yang ditinggalkan oleh askar.
 
area adek ipar aku dok.. bumi kedah bumi hijau.. xda rejeki aku nak dok sana dan mati dsana sebab bini bukan orang sana..
 
Back
Top
Log in Register