[ G.E.M.U.K - Sebab dipecat ]
Ada yang bertanya kenapa Jose Mourinho dipecat dari AS Roma. Bukan ke Mourinho bagus bawa AS Roma?
Berdasarkan data mengenai prestasi AS Roma di bawah kendalian Mourinho, Roma merudum berbanding Paulo Fonseca, Eusebio, Spalletti.
Ditambah dengan Third Season Syndrome Mourinho itu sendiri.
Mourinho membawa AS Roma menduduki tempat ke-6 (1st season), ke-6 (2nd season), kini ke-9 (3rd season) dalam Serie A.
Namun, pihak pengurusan Roma juga bermasalah. Roma mempunyai bil gaji tertinggi ke-3 selepas Juve & Inter & ke-4 berbelanja paling banyak beli pemain selepas Juventus, Inter & Milan dalam beberapa tahun lepas. Tetapi takda pencapaian trofi tidak seperti Juventus, Inter, Milan.
Dengan belanja yang tak sepadan dengan pencapaian... maka tidak hairanlah Di Marzio melaporkan AS Roma sekarang nak sailang target Man United, Paul Mitchell sebagai Sporting Director.
#GM08 #NonMUFC