BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS rancang simpan senjata

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Washington merancang untuk menyimpan senjata berat mereka di negara Baltik dan Eropah Timur.
< 1 / 1 >
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Amerika Syarikat (AS) merancang menyimpan peralatan ketenteraan mereka di negara Baltik: Estonia, Latvia dan Lithuania serta Eropah Timur sebagai usaha untuk meyakinkan sekutunya selain menghalang pencerobohan pada masa depan.

Kelmarin, pegawai di Washington memaklumkan mereka akan membuat prakedudukan senjata yang penting selepas New York Times melaporkan Pentagon telah bersedia untuk menyimpan kereta kebal, kenderaan tempur infantri dan senjata berat lain untuk kegunaan kira-kira 5,000 tentera.

Menurut laporan itu lagi, jika pelan itu diluluskan ia akan menjadi langkah pertama AS untuk menempatkan senjata berat mereka di negara anggota baharu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Eropah Timur selepas Perang Dingin berakhir.

"Cadangan tersebut perlu mendapat kelulusan Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter dan Rumah Putih sebelum ia dibentangkan dalam mesyuarat menteri pertahanan Nato di Brussels pada bulan ini," jelas laporan tersebut.

Difahamkan, cadangan itu juga bertujuan untuk meyakinkan sekutu AS di Eropah susulan campur tangan Rusia dalam konflik di Ukraine pada Mac tahun lalu.

Sementara itu, jurucakap Pentagon memberitahu sebarang keputusan berhubung perkara itu masih belum diputuskan.

"Sejak beberapa tahun lalu, AS telah meningkatkan prakedudukan peralatan mereka untuk tujuan latihan ketenteraan bersama sekutu Nato. Kami sedang menilai lokasi terbaik untuk menyimpan peralatan tersebut," katanya. - Reuters
 
kemudian ada yang akan dijual ke pasaran gelap.
 
ini boleh menimbulkan kemarahan russia, tak pasal2 WW3 'berlaku'.
 
Simpan banyak2, nanti IS datang, jadik ghanimah depa. Kah kah kah..
 
syukran..free utk bakal mujahidin. rejeki perang namanya, takpayah belanja tahunan b'bilion2 utk beli senjata.
 
usaha depa ke arah kemusnahan,,,,,,,,,,,,,,,,
 
Back
Top
Log in Register