BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS mohon maaf salah tembak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KABUL 23 Feb. - Komander tentera Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Jeneral Stanley McChrystal hari ini memohon maaf kepada rakyat Afghanistan kerana serangan udara yang membunuh penduduk awam, kelmarin.

McChrystal dalam siaran video yang diterjemahkan ke dalam bahasa Dari dan Pashtun melalui laman web NATO turut berjanji untuk berusaha mendapat balik kepercayaan rakyat negara ini.

Pegawai Afghan berkata, sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam serangan itu di wilayah Uruzgan, tengah Afghanistan.

"Saya berjanji memantapkan usaha kami bagi mendapatkan kembali kepercayaan anda untuk membina masa depan lebih cerah bagi seluruh rakyat Afghanistan.

"Saya telah melancarkan siasatan menyeluruh bagi mencegah kejadian begini daripada berulang," kata McChrystal dalam video itu.

Beliau memohon maaf secara langsung kepada Presiden Hamid Karzai kelmarin, sejurus selepas serangan tersebut dan siaran video hari ini menandakan satu lagi usaha tentera bersekutu untuk menjalankan kempen perhubungan awam yang intensif.

Serangan jet-jet NATO kelmarin, ke atas satu konvoi kenderaan yang disyaki membawa militan ialah serangan paling dahsyat ke atas penduduk awam dalam tempoh enam bulan dan mencetuskan kritikan hebat daripada kerajaan Afghan.

Insiden itu berlaku ketika NATO masih mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan penduduk tempatan terhadap serangan besar-besaran tentera ke atas kedudukan Taliban di selatan menerusi strategi yang melibatkan segala langkah yang perlu bagi melindungi orang awam.

Kematian penduduk awam tersebut juga berlaku pada hari ke-10 operasi besar-besaran tentera NATO, AS dan Afghan untuk menggempur pemberontak Taliban di pekan Marjah, wilayah Helmand.

Misi operasi adalah untuk menumpaskan Taliban, menubuhkan sebuah kerajaan tempatan dan membawa masuk bantuan bagi mendapatkan sokongan penduduk tempatan. - AP
 
maaf jer... yang mengebom tu terlepas cam tu jer... takde hulur-hulur ke...:mad:
 
alasan jer..manjang salah tembak..kata senjata canggih sangat!!
 
Biasa la angkatan zionis memang macam ni...umat islam je ramai tak sedar...harap-harap pemimpin islam sedar jangan duk senang lenang dan penting diri sendiri...hrpnya negara islam dapat bersatu...
 
hurm...as ni dia buat macam masa perang dengan vietnam dulu ni.
 
senangnye...mintak mahap jer....
 
i'am sorry.........budusss

klau negara lain tak sengaja....mau menyibuk dgn lantang....
 
kat dunia mmg la takda pape,tapi kat akhirat dah dijanjikan.
 
Back
Top
Log in Register