loneleonine89
Active Member
- Messages
- 2,416
- Joined
- Jan 15, 2010
- Messages
- 2,416
- Reaction score
- 7
- Points
- 25
AFP - GAMBAR yang dikeluarkan oleh Tentera Laut AS kelmarin menunjukkan kapal induk USS Theodore Roosevelt berlayar di Laut China Selatan pada 29 Oktober lalu.
KAPAL INDUK USS THEODORE ROOSEVELT – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ashton Carter melawat sebuah kapal pengangkut pesawat di Laut Cina Selatan semalam ketika ketegangan kian memuncak berhubung tuntutan China di rantau berkenaan.
“Timbul banyak kebimbangan tentang tindakan China di Laut China Selatan,” kata Carter semasa melawat kapal pengangkut pesawat AS, USS Theodore Roosevelt.
Beliau mendarat di atas kapal berkenaan selepas menaiki sebuah pesawat V-22 Osprey dari sebuah pangkalan tentera di Sabah.
Menurut Carter, kehadiran kapal berkenaan menjadi petanda mengenai peranan kritikal kuasa tentera AS di rantau berkenaan yang akan menentukan masa depan AS.
Perkembangan itu berlaku selepas Washington dan Beijing terlibat dalam konfrontasi ekoran tuntutan China ke atas hampir keseluruhan Laut Cina Selatan menerusi penambakan laut untuk membina pulau-pulau bagi mengukuhkan tuntutannya.
Pada minggu lalu, Washington menghantar kapal pemusnah peluru berpandu, USS Lassen dalam jarak 22 kilometer dari salah sebuah pulau buatan China di Kepulauan Spratly.
Tindakan itu yang membangkitkan kemarahan China, bertujuan untuk memberitahu Beijing tentang hak dan kebebasan Washington di kawasan tuntutan bertindih itu.
Ketika lawatannya, kapal berkuasa nuklear itu berada antara 277 kilo*meter hingga 370 kilometer di selatan Kepulauan Spratly. – AFP
Sumber
