NEMO
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 109,177
Paid Membership
- Joined
- Jan 13, 2007
- Messages
- 109,177
- Reaction score
- 1,046
- Points
- 1,101
Kedatangan Ramadhan di sambut dengan puji-pujian kepada yang Esa. Ramai menanti kedatangan Ramadhan yang datang setahun sekali termasuklah golongan artis dan selebriti.
Selain mengambil kesempatan berniaga di bazar Ramadhan, artis dan selebriti sibuk menghadiri majlis berbuka puasa dan meraikan anak yatim. Setiap hari ada sahaja jemputan berbuka puasa yang dihadiri artis ternama tanahair disiarkan di akhbar tempatan.
Walaupun sudah lebih seminggu umat Islam berpuasa, GUA ingin berkongsi cerita mengenai seorang pelakon lelaki yang pernah hangat dengan aksi ciuman satu ketika dulu.
Melalui sumber GUA, pelakon lelaki ini dan beberapa rakannya telah menyambut kedatangan Ramadhan dengan cara tersendiri, iaitu menikmati wine.
Tidak tahulah berapa botol dihabiskan mereka, GUA dengar wajah si pelakon bertukar kemerahan dek kerana terlalu asyik menikmati minuman anggur beralkohol itu. Yang kurang enak didengar, si pelakon datang bersama rakan-rakan beragama Islam dan keesokannya umat Islam seluruh dunia mula berpuasa.
Apa nak jadi artis dan selebriti hari ini? Nampaknya mereka makin terbuka dalam bab halal haram dan kurang rasa hormat kepada agama sendiri.
NEMO - mcm tau jer saper