BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ariel Peterpan bebas dari penjara

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
image.jpg


JAKARTA - Vokalis utama kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel perlu menjalani sesi kaunseling sebelum dibebaskan dari penjara hari ini selepas melalui hampir 90 peratus hukuman penjara selama setengah tahun atas pertuduhan mengedar rakaman video seksnya.

"Selepas pembebasan bersyarat, Ariel perlu hadir ke pejabat pendakwaan bagi menandatangani beberapa dokumen dan kemudian diarahkan melalui sesi kaunseling di agensi yang berdekatan dengan penjara," kata pegawai penjara Kebun Waru, Bandung, Budiman Kusumah, Jumaat lalu.

Sementara itu, ketua keselamatan penjara berkenaan, Tohari berkata Ariel bakal dibebaskan kira-kira pukul 1 petang bersama-sama empat banduan yang lain.

Kata Tohari, unitnya juga telah meningkatkan tahap langkah-langkah keselamatan kerana menjangkakan penjara itu bakal diserbu ratusan peminat Ariel hari ini.

Ariel ditahan pada Jun 2010 selepas rakaman video seksnya bersama dua wanita yang dikenal pasti sebagai Luna Maya dan Cut Tari tersebar dalam Internet.

Artis pujaan ribuan wanita itu disabitkan bersalah pada Januari di bawah Undang-undang Maklumat Elektronik dan Perniagaan walaupun mendakwa video itu disebarkan oleh bekas pekerja Peterpan tanpa pengetahuannya.

sumber sinar
 
mudah mudahan dah bertaubat di Ramadhan yg mulia ni....berkahwin la
 
lantak ko la ariel...jangan lupa buat video ngan awek lain lak..
 
Harus bertaubat.......
 
aku pon xtw pe yg istimewa nya dgn ariel ni.. klo nk ikutkan muka aku rasa biasa2 je.. xdelah hensem pon.. tinggi die bkn tinggi pon.. kulit die bkn putih pon.. tp pe2 pon aku nk tunggu video ko seterusnya.. haha.. -dr peminat video ariel- ..
haha just kidding
 
ape hal pipi lebam tu?bgaduh dlm penjara ke?:D
 
harap ade lagu best cam dulu,bukan video 3gp.Tak best langsung.Kecik
 
Back
Top
Log in Register