BTC USD 84,787.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arak VS Cincin suasa

aku tak pakai cincin.cara2 kemenjadian suasa aku tak tau.cuma pernah dengar kalau zaman dulu..boleh.zaman skrg dah jadi haram sbb teknologi.dulu takde teknologi untuk asingkan mas tersebut.skrg dah ada teknologi pengasingan.betul tidak ntah le...

kononnya emas terpaksa dicampur sedkit kalau tak cincin tu akan nampak merah sangat
 
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:

"halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)
 

Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; "Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".
Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.
Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram..





yg aku pernah dengar pulak..kalau kandungan emas tu 51% dan perak 49% haram sebab kandungan emas lebih dadi separuh.kalau kandungan emas 49% dan perak 51% boleh dipakai.pendek kata kandungan emas mesti kurang dari kandungan perak.
kalau aku salah tolong betulkan :)
 
yg aku pernah dengar pulak..kalau kandungan emas tu 51% dan perak 49% haram sebab kandungan emas lebih dadi separuh.kalau kandungan emas 49% dan perak 51% boleh dipakai.pendek kata kandungan emas mesti kurang dari kandungan perak.
kalau aku salah tolong betulkan :)

Tapi tak ada nas yang kukuh nengatakan macam tu kan :-?
 
Unstaz Shamsuri kata dalam ceramah emas tetap haram bagi lelaki tanpa kira banyak mana..sedikit atau banyak...haram tetap haram
 
kalo pakai sbg perhiasan mmg haram hukumnya bg lelaki tak kira la walau % kandungan emas kurang dr perak...janji ada unsur emas.
 
tu lah.sebab macam2 pandangan sekarang ni.

Kalau boleh pandangan tu biar lah bersandarkan dengan nas dan dalil baru boleh dijadikan panduan yang betul
 
kalo pakai sbg perhiasan mmg haram hukumnya bg lelaki tak kira la walau % kandungan emas kurang dr perak...janji ada unsur emas.

Tapi kalau kat kedai emas terutama milik orang melayu islam..depa dok kata boleh sebab emas sedikit dari kandungan lain...mungkin sebab nak kasi laku cincin suasa kot #:-S
 
Aku meyakini Jakim sudah meneliti segala dalil yg ada sebelum menetapkan hukum. Ikut je la.
 
Back
Top
Log in Register