BTC USD 83,356.5 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arak? Kita ada saham arak ke?

Kerja anda berkait dengan arak?


  • Total voters
    0

rizalstudio

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jan 8, 2009
Messages
2,668
Reaction score
690
Points
71
Soalan ini aku tujukan kepada brader2 yang minum arak (straight to point, xyah aku huraikan), cashier2 yang menjual arak contoh di giant, tesco, 7eleven, kedai2 runcit dan org yg keja kait mengait ngan arak contoh pekerja stor yg angkat arak dari lori ke dalam stor ataupun pemandu lori yang membawa arak tersebut.

Kadang2 bila kita dah terlalu bercampur ngan lain2 bangsa, terpengaruh kat TV ataupun dah terminum sekali.. kita rasa arak ni macam takde apa2.. cuma kita sering membezakan antara arak mahal ngan murah... mungkin korang rasa cam arak murah cam tiger atau carlberg tu arak murah atau jenis lain yg kurang rasa 'kick' dia tu cam dimaafkan atau dosanya ringan?

maaf kalau thread ni menyinggung perasaan antara forumer dlm CG ni.. mungkin ada antaranya pernah minum arak (tepuk dada tanya selera)..

Aku rasa warga CG ni rata2 nya faham halal haram mengenai arak dan sebulat suara kita akan kata minum arak tu haram. betul x? ya...

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2] ”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392) ”

Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

Tapi apa yg sy nk sentuh bagaimana yang menjualnya pulak. contoh cashier kat giant (contoh je). rata2 kebanyakkannya beragama ISLAM, korang rasa dengan menjalankan tugas sebagai cashier dengan betul, takder seleweng2, takder tipu duit customer.. kita rasa kerja kita halal? macammana pulak kalau customer yg nak bayar minuman arak??? adakah kita akan kata... saya tak boleh jual arak ni kat encik?... sanggup ke kita cakap macam tu? Silap2 kena buang kerja!!.. kebanyakkan kita ada pejam mata dan jalankan urus niaga seperti biasa. Halal ke kerja kita?? Niat?? dengan niat kita boleh tutup dosa yang kita sengajakan?? darurat? darurat ke sampai kita x boleh kerja lain?? hingga kita sanggup jual arak tu atau kita sanggup angkat tray arak tu ke tempat penjualan??

hanya sesuap nasi?? jadi halal ke kerja kita?? kita kena ingat sebanyak mana gaji kita dapat, didalam nilai gaji kita tu termasuk sekali gaji utk kerja urusniaga dengan arak??

adoi... macamana ye?? tolong jangan salahkan sy kerna bangkitkan isu ni... tp rasanya sy juga yg berdosa kalau tak menegur mengenai hal ini..

sebab arak dizaman kita sekarang ni telah diambil mudah. dimana2 kita boleh dapatkan arak... hatta di 7eleven pun boleh cari.. tapi rata2 nya dalam kita tak perasan, kita pun telah mendapat saham arak ni dalam tidak sedar... kerna;

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ “ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

1. Pembuatnya,
2. pengedarnya,
3. peminumnya,
4. pembawanya,
5. pengirimnya,
6. penuangnya,
7. penjualnya,
8. pemakan wang hasilnya,
9. pembayarnya
10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)[3]

”

- ini saya hurainya perkerjaan yg ada sangkut paut dengan pekerjaan yg kita tutup mata.
1. Pembuatnya,
-pekerja2 kilang arak, yang bersangkut paut dengan proses pembikinannya.
2. pengedarnya,
-boleh disuaikan dengan nama agen atau representative atau principal dari kompeni2 arak utk cari customer2 kat kedai2 atau gedung2 utk mereka edarkan
3. peminumnya,
- xyah cite panjang.. yang minum
4. pembawanya,
-pekerja2 hotel yang bawak arak ketetamu2 hotel. pekerja2 pembawa lori yang transport arak tu ke kedai2 atau mana2 tempat, atau pekerja2 stor yang angkat arak2 dari lori ke stor atau pekerja2 cam 7eleven, giant, tesco etc yang ambil arak dari stor ke shelf2 utk customer ambil.
5. pengirimnya,
- transporter... atau org tengah arak tu dari kilang ke kedai.
6. penuangnya,
-biasa yang senang kita nk nampak kalo pekerja2 night club, hotel biasanya akan tuangkan arak tu ke gelas pelanggan sebagai customer service... sebenarnya dia pun dpat saham yg sama..
7. penjualnya,
- biasa golongan cashier2 yang menjualkan arak tersebut kepada pelanggan2 yg nak beli arak.
8. pemakan wang hasilnya,
-yang ini susah sikit kita nak akuinya, contoh kalo kita keja ditempat2 yg menjual arak. walaupun keja kita di department lain. bila hujung tahun, company bagi bonus. bonus tu ialah keuntungan syarikat dan bukan keuntungan dari kerja2 department kita... dn juga keuntungan tu ada didalamnya untung jual arak.. maka kita juga pemakan wang hasilnya... ini scara tidak langsung, ramai yg x perasan.. kalau kita jual arak dapt untung dari jualan tu pun sama la dosanya bai.. xyah cerita la..
9. pembayarnya
-biasanya yg kita nampak, org byr dan dia minum... itu sudah jadi dosanya... tapi yang kita tak nampak... contoh kalo kita buat 'open table'' gathering atau annual dinner contohnya.. jika ada staff atau member sorang dua order arak.. tapi walaupun kita sebagai bos atau yang membayar tak minum skali... tapi total utk dinner, gath atau open table tu datang dari duit kita atau duit dari bos suruh kita bayarkan.. maknynya kita pun dpt saham under arak.
10. dan juga pemesannya.
-yang ini biasanya kita x sedar. pemesan ni maksudnya meluas. bukan tertakluk kepada seorang kawan minta tolong kawannya belikan arak utk kawannya yg lain. tetapi secara halus, buyer2 atau staf2 logistic juga turut terkandung dalam saham pengirim arak. ye la, sapa yg keja under ordering department mesti tau.. bila arak tu dah kurang stock, buyer mesti akan buka purchase order ke kilang2 atau supplier2 arak tu untuk hantar ke kedai. walaupun kita tak rasa arak tu, kita tak nampak arak tu.. namun tukang order disebalik tabir pun dpt sahamnya..

jadi macammana yek??? kita mari debate macammana nk hindari dosa2 tak nampak ni menjadi darah daging kita. sebab dalam tidak kita sedar.. hasil yang kita rasa halal ini dah tercemar dengan adanya saham2 kecil dari arak.. dan rezki itu kita akan suap kat keluarga kita selama2nya. astagfirullah...

buat renungan kita bersama.. dari rizal
 
nak wat macam mane dah tiada peruntukan undang-undang untuk hal macam ni.
 
undang2 kafir mmg xde la..undang2 islam ade..so camne?
 
anak Tun Mahathir adalah salah satu pemegang saham syarikat arak terbesar di Filipina...

itu yg seberang laut.. yg depan kita plak camna? maksud aku diri kita sendiri?
 
anak Tun Mahathir adalah salah satu pemegang saham syarikat arak terbesar di Filipina...

patutla kayo jer aku tgk....ada saham yg x leh rugu rupanya...
 
air tuak tuh kira arak tak?
 
kalau dulu tahun 90an kwsp mmg tak kira la duit labur kat syarikat haram atau tak, janji cukup tahun pulangan lumayan. Bila masuk paper semua nak tau dividen je,takmo tau dari sumber mana kwsp laburkan :D
 
Back
Top
Log in Register