BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arab Saudi guna Apache perangi pemberontak Yaman

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
RIYADH: Pakatan negara Arab yang memerangi pemberontak Huthi di Yaman mengerahkan helikopter tempur selepas serangan merentasi sempadan yang membunuh askar Arab Saudi. "Kami membalas dengan tembakan artileri, dengan (helikopter) Apache," kata jurucakap pakatan itu, Brigadier Jeneral, Ahmed al-Assiri.

Helikopter tempur itu bertindak selepas militan Huthi dari Yaman menyasarkan pos kawalan di sempadan di wilayah Najran di barat laut Arab Saudi kelmarin.

Tiga askar Arab Saudi terbunuh dalam serangan mortar puak pemberontak Huthi itu. Menurut Kementerian Pertahanan Arab Saudi, lebih 500 pemberontak terbunuh di sempadan kedua-dia negara sejak serangan udara bermula sejak 26 Mac lalu. - AFP
 
Elok la....US & Israel sokong Saudi, Iran sokong Yaman, yang perang sesama Islam,Barat dgn Yaman cuci tangan....
 
Syiah bukan Islam...

Yup Bitoi , Semoga Allah menghancurkan Syiah kerana depa nie musuh dalam selimut . Di negara - negara arab depa yang buat kacau . Kawan duk belajar kat yaman bg tau depa la nie duk tangkap ahli sunnah yang bukan dr orang arab . depa penjara & buat macam2 lg . Tengah duk belajar elok2 depa p bom & macam2 . Jadi kepada sapa yang taktau situasi sebenar TOLONG JANGAN TABUR FITNAH KEPADA SAUDI . Kalau nak tau situasi sebenaq boleh p duk yaman & tau apa cita . Benda nie dah lama dah berpuluh tahun lagi , cuma masyarakat di malaysia baru tau & biasa la tunjuk pandai & terus salahkan saudi . saudi nie negara tauhid , hudud tertegak di negaranya , syariat - syariat Islam tertegak di negaranya & tiada walaupun 1 Berhala . Setiap manusia tak maksum begitu juga pemimpin2 saudi tapi kita kena tengok dari segi menyeluruh . kebaikan lebih banyak dari keburukan . yang kata saudi tak tolong palestine ada bukti ka ? takut jadi fitnah! saudi tolong apa2 pun x perlu macam negara2 lain masuk TV bagai . Kita sebagai orang awam nie jangan terlalu melebihi had sangat sehingga melakukan fitnah sana sini . Selidik betol2 niat mencari kebenaran Insya Allah akan jumpa tapi nak cari kena cari dalam bahasa arab . kalau bahasa melayu terbukti banyak fitnahnya
 
Last edited:
palestin tu ASWJ.. takde pulak yan hantor apache serang israel.. ini puhii..
 
palestin tu ASWJ.. takde pulak yan hantor apache serang israel.. ini puhii..

sebab tak mampu lagi depa nak serang israel . itu semua untuk maslahah umat . kalau saudi terus p serang macam tu akan terjadi perang dunia . sebab tu Allah tak bg kita jadi pemimpin sebab kita nie cetek akal . tapi kalau dr segi kewangan ? kita tau ka banyak mana saudi bg ? tatau , tak pernah ambik tau dan tak pernah nak tau . Tuan ada apa bg sumbangan kat palestine ? seluruh harta ? phuiiii .

-KALAU saya kata tuan x pernah buat apa2 pun untuk palestine tapi hanya pandai cakap dalam forum . sedangkan tuan banyak keluarkan infak untuk palestine tapi saya tak tau jd saya hukum tuan x pernah buat apa2 . Itu dah jadi Fitnah . Sebab tu kita JANGAN MUDAH MENGHUKUM - Nie perumpamaan saja bukan saya fitnah

Fitnah nie macam MLM

Permula fitnah sebarkan kepada 5 orang dan 5 orang sebarkan kepada 50 orang dan 50 orang sebarkan kepada 500 orang . kan dah jadi banyak ? sebab tu kita lebih baik diam kalau tatau .

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُت

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.” (Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari, no. 6018; Muslim, no.47)

Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata,
”Seseorang mati karena tersandung lidahnya
Dan seseorang tidak mati karena tersandung kakinya
Tersandung mulutnya akan menambah (pening) kepalanya
Sedang tersandung kakinya akan sembuh perlahan.”
 
Back
Top
Log in Register