BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aquaponic, dan apa hebatnya sistem ini dalam ternakan Air.

DIY jer murah. Cer tgk YT. Den nak start hidroponik. Blaja YT jgk.:D
 
Next Project.... Start 22 Jun 2016

Penanaman STEVIA Secara Aquaponic.



picture-stevia-leaf.jpg



Apa itu Stevia?

Kalau anda ingin tahu, Daun Stevia ini sebenarnya telah digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu lagi. Namun kajian meluas terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke-19 selepas pengkaji dan penyelidik Brazil mengetahui bahawa sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Biar betul? memang manis Stevia ni..



Apa itu Ekstrak Stevia?

Stevia adalah pemanis semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan. Stevia adalah berasal dari keluarga bunga matahari ataupun nama saintifiknya Astereacea. Stevia yang digunakan sebagai pemanis gula semulajadi adalah Stevia daripada species Stevia Rebaudiana.

Stevia yang diluluskan dalam Akta makanan untuk dijadikan sebagai pemanis dan pengganti gula pasir adalah ekstrak Stevia.


Ekstrak Stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis. Bahan yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside. Steviol Glycoside ini mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

Kemanisan daripada ekstrak Stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu. Walaupun ia lebih manis daripada gula pasir, tetapi ia tidak mengandungi kalori (zero calorie). Ia tidak mengandungi karbohidrat, tiada lemak, dan tiada kolesterol.

Ekstrak Stevia ( Stevia Extract) telah meluas digunakan di seluruh dunia selepas diluluskan oleh FDA. Di Malaysia, Ekstrak Stevia tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia bukannya ubat atau supplemen, tetapi ia adalah sejenis bahan pemanis yang terletak di bawah Akta Makanan.

Disebabkan Stevia ini selamat digunakan dan tahan suhu tinggi, telah ramai pengguna Malaysia yang menggunakan pemanis semulajadi ini menggantikan gula pasir dalam pemakanan harian mereka.

Selain Ekstrak Stevia berfungsi sebagai pemanis makanan dan minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan seperti mengawal berat badan, mengelak dan mengawal Kencing Manis (Diabetes) dan juga mampu mengawal tekanan darah dalam badan. Rujuk Khasiat Stevia.


SUmber : http://www.steviamalaysia.com/apa-itu-stevia/


PERHATIAN!!!

Sesiapa yang berminat nat tempeh pokok stevia, boleh book order dari saya. 1 Pokok ketinggian 6cm RM4.50 berserta Pasu bagi minimum Order 50 pokok... Proses penyemaian akan di jalankan tidak lama lagi.

Proses Penanaman dan pembenihan secara Aquaponic akan di UPDATE setiap masa. :)cgrock

sangat menarik....
 
Back
Top
Log in Register