BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aprena Manrose Umum Cerai, Cuba Pertahankan 9 Tahun Perkahwinan Namun Gagal - “Terima Kasih Atas Rasa Yang…”

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
astrogempak_aprena_umum_cerai.png


Aprena Manrose Umum Cerai, Cuba Pertahankan 9 Tahun Perkahwinan Namun Gagal - “Terima Kasih Atas Rasa Yang…” Hampir sembilan tahun berkahwin, pelakon Aprena Manrose mengumumkan dia kini sudah berpisah dengan bekas suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman.Bukan lagi suami isteri

Aprena memaklumkan perkara tersebut menerusi perkongsian di Instagram dengan memuat naik beberapa foto dengan Afiq ketika mereka masih bersama sebagai suami isteri.

“BismillahiMasyaAllah… sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama. Ya, saya bukan lagi isteri kepada Afiq.

“Kalau ada jodoh tak kemana. Selamat tinggal untuk sekarang atau mungkin selamanya,” kongsi Aprena.Cuba pertahankan

Pada perkongsian yang sama, Aprena juga memberitahu dia sudah mencuba untuk mempertahankan rumah tangganya namun gagal.

“Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal. Tiada lagi kita. Terima kasih atas rasa yang diberi. Rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia. Saya undur diri dulu,” ujarnya.Mohon doa

Mohon doa agar dirinya dapat lalui fasa baharu dengan tenang, Aprena berkata dia mengumumkan perkara itu selepas menerima banyak pertanyaan daripada rakan media.

“Sejak beberapa hari ini, banyak media yang hubungi dan bertanyakan tentang status saya. Jadi ini adalah kenyataannya.

“Doakan saya mengharungi fasa yang baru ini dengan tenang ya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Aprena mendirikan rumah tangga dengan Afiq pada 12 November 2016 dan mereka tidak kurniakan cahaya mata.

==============================

Alaaa Aprena... sedihnya bila satu chapter hidup dah tamat. Moga dia cepat2 sembuh dari rasa kecewa ni. Tengok IG dia pun, kena sabar banyak2 ya sis. Dunia artis ni banyak drama sungguh kadang2 🙄

 
Back
Top
Log in Register