kalu mcm tu belajar dgn tn boleh..? hehehe...
aku nak kata tau sgt tu takder ler......kalau korang tanya insyallah mana2 bahagian aku tau aku leh tlg story sikit.....aku pun dulu penah gak apply geran silap sana sini.....tp lama2 kita dah tau sistem ngan cara org gomen release geran then dari situ le kita akan belajaq dan pulun habis2an.......yg penting korang cari detail capping setiap pecahan geran tu.....contoh geran smidec....
1. Kos Berkaitan Kajian Teknologi(Related Cost for Technology Feasibility Studies)
2. Kos Berkaitan Pemindahan Teknologi(Related Cost for Technology Transfer)
3. Kos Berkaitan Pembangunan Prototaip dan Rekabentuk Sistem (Related Cost for Development of Prototypes and System Design)
4.Kos Berkaitan Penyewaan Inkubator/Makmal/Bengkel termasuk Pengujian Produk dan Pendaftaran Produk (Related Cost for Rental of Incubator/Lab/Workshop including Product Testing and Registration)
5. Kos Berkaitan Penandaan dan Pelabelan termasuk Bar-Code, Paten dan Cap Dagang (Related Cost for Labeling including Bar-Code, Paten and Trademark Registration)
6. Kos Berkaitan Pengujian dan Tentukuran (Related Cost for Testing and Calibration)
7. Kos Berkaitan Pembangunan Acuan dan Dai (Related Cost for Development of Mould and Die)
8. Kos Perisian Berkaitan Pembangunan (Related Cost for Development of Software)
9. Kos Perkakasan Berkaitan Pembangunan (Related Cost for Development of Hardware)
10. Kos Pembelian Mesin dan Peralatan Berkaitan (Related Cost for Purchase of Machinery and Equipment)
11. Kos berkaitan Misi Projek Khas untuk Kajian Teknologi (Related Cost for Specific Project Mission for Technology Study)
12. Kos Berkaitan Projek Cleaner Production and Waste Treatment termasuk Energy Efficiency Audit (Related Cost for Cleaner Production and Waste Treatment Project including Energy Efficiency Audit)
dari 12 elemen nie capping keseluruhan geran yg dibiayai rm500k sahaja.....korang invest rm1juta dpt balik rm500k....so gomen tlg rm500k jer.......dari 12 elemen nie ada nilai capping masing2......contoh elemen no. 10 capping cost rm200k (beli mesin dan equipment rm400k dpt balik rm200k).....masa aku dulu rugi sikit sbb dpt rm100k jer geran......