TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
iRing yang akan dikeluarkan Apple.
Florida: Apple akan mencatatkan satu lagi kemajuan - kali ini dengan menghasilkan ‘cincin pintar,’ lengkap dengan kebanyakan fungsi yang ada pada iPhone.
Syarikat gergasi teknologi itu minggu lalu diberikan paten untuk ‘iRing’ yang mampu merakam gambar, menghantar teks dan pada masa sama menjadi jam, walaupun dalam bentuk cincin pada jari telunjuk pengguna.
Malah, cincin pintar itu juga mempunyai skrin sesentuh dan aplikasi yang boleh diakses menggunakan ibu jari.
Satu mikrofon akan membolehkan pengguna membaca mesej sementara kamera kecil membolehkannya merakam gambar. Ia juga dilengkapi deria biometrik untuk membaca kadar degupan jantung, tahap perpeluhan dan suhu badan untuk memudahkan pengguna yang menitikberatkan kesihatan.
iRing design concept by Victor Soto.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/node/84335#sthash.OMczKeSo.dpuf