BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple nafi iCloud diceroboh

Jkay

Fun Poster
Messages
121
Joined
Jan 11, 2013
Messages
121
Reaction score
4
Points
15
NEW YORK: Seminggu sebelum firma teknologi, Apple Inc (Apple) merancang untuk memperkenalkan model baharu iPhone, syarikat itu sedang berusaha untuk mengekalkan reputasi melindungi pengguna susulan kebocoran gambar bogel selebriti menerusi perkhidmatan dalam taliannya.

Apple semalam menafikan bahawa sistem dalam taliannya diceroboh, sekali gus menambah misteri bagaimana gambar peribadi itu bocor ke internet. Menurut Apple, beberapa akaun selebriti dibocori oleh "serangan yang disasarkan kepada nama pengguna, kata laluan dan soalan keselamatan."

Selasa depan, Apple dijangka mengumumkan versi terkini iPhone dengan ciri baharu yang akan meningkatkan jumlah penyimpanan maklumat peribadi dan berharga dengan syarikat itu.

Apple menyatakan perisian baharu iPhone akan dilengkapi cara untuk mengumpul dan berkongsi data berkaitan kesihatan. Ciri baharu lain dijangka membolehkan pengguna membayar barangan dengan iPhone menggunakan kad kredit yang disimpan di iTunes.

Apple hari ini mengambil langkah untuk menangani laporan yang muncul hujung minggu lalu bahawa kebocoran gambar berkenaan boleh berpunca daripada kelemahan dalam perkhidmatan simpanan dalam taliannya, iCloud yang membenarkan penggodam mencuba kata laluan tanpa had sehingga berjaya.

Apple menegaskan terdapat had kata laluan yang boleh dimasukkan setiap pengguna iCloud sebelum sistem mengunci akaun berkenaan. Bagaimanapun, syarikat itu enggan menyatakan jumlah sebenar percubaan salah yang akan menyebabkan akaun dikunci.

"Tiada kes yang disiasat berpunca daripada sebarang pencerobohan sistem Apple termasuk iCloud. Kami akan terus bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang bagi membantu mengenal pasti penjenayah yang terbabit," menurut Apple dalam kenyataannya. - Wall Street Journal

Sumber:
http://www.bharian.com.my/node/4231
 
icloud punya activation system xble hack la..sapa2 punya iphone yg enable "find my iphone" terbaekk..owner iphone hilng iphone pencuri plak xdpt guna tu iphone...win win..
 
mamat yg sebar gambar2 ni pun dah cuak..herherher..:D

1409558650566_1.png

gambar2 tu koleksi peribadi dia..:)
 
ermm sila share yer yg leaked tu

ak tertinggal bas ni
 
Back
Top
Log in Register