BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple lancar produk baru MacBook Air, iPad Pro, dan Mac Mini

Fiezpro84

Super Active Member
gem
Messages
5,410
Paid Membership
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,410
Reaction score
645
Points
151
81540914130_MacBookAirbaru.jpg

MacBook Air, dijual pada USD1,199 di Amerika Syarikat, datang dalam tiga warna - emas, perak, dan kelabu 'space grey'. - Foto Apple Asia

KUALA LUMPUR: Apple pada Selasa melancarkan tiga produk baru, iaitu MacBook Air, Mac Mini dan iPad Pro.

Kemunculan semua produk ini memang dijangka kerana tempoh mengemaskini pelancaran produk ini telah pun melewati beberapa tahun.

MacBook Air

Kali terakhir MacBook Air dikemaskini ialah pada Mac 2015. Ini memberikan gambaran yang jelas kepada para analisis industri teknologi di mana waktu untuk Apple mengemaskinikan produk ini telah tiba.

Apple melancarkan MacBook Air dengan paparan Retina display berukuran 13.3-inci.

Produk ini mempunyai Touch ID, membolehkan pengguna untuk membuka kunci komputer ini menggunakan wajah muka dan juga cap jari.

Apple menyatakan bahawa bateri MacBook Air ini mampu tahan sepanjang hari - 13 jam menonton video berterusan, atau 12 jam melayar web/internet berterusan.

Produk ini didatangkan dalam tiga warna - emas, perak, dan kelabu 'space grey'. Ia dibentuk menggunakan aluminium yang 100 peratus dikitar semula. Ini dijayakan dengan mencipta aloi yang unik oleh Apple.

MacBook Air ini dijual dengan harga USD1,199 di Amerika Syarikat. Harga di pasaran tempatan belum diumumkan lagi.

Mac Mini

Buat pertama kali dalam lebih lima tahun, Mac Mini dikemaskini.

Mac Mini kini boleh beroperasi lima kali ganda kepantasan dari model sebelumnya, hasil dari empat teras pemprosesannya. Ia juga boleh dikonfigurasi hingga ke enam teras.

Memori Mac Mini didatangkan dalam 32GB dan 64GB, menjadikan ia antara komputer paling laju di pasaran.

Harga Mac Mini ini di Amerika Syarikat ialah USD799. Harga tempatan belum diumumkan.

iPad Pro

iPad Pro yang baru adalah peranti yang termoden dan paling berkuasa yang pernah dikeluarkan oleh Apple. Sehingga kini, lebih 400 juta iPad telah terjual, menjadikan iPad peranti tablet yang bukan sahaja paling popular, tetapi komputer yang paling popular di dunia.

iPad terbaru ini mempunyai skrin penuh, dan didatangkan dalam dua model berbeza, iaitu model 11-inci dan 12.9-inci.

Peranti ini tidak mempunyai Home Button, maka pergerakan tangan di alat baru ini sama seperti pergerakan yang ketika ini digunakan oleh iPhone X, iPhone XS dan XR.

Paparan Liquid Retina dibantu oleh Face ID dan dipacu oleh A12X Bionic cip yang mempunyai kepantasan Next-Gen Neural Engine, membolehkan ia berfungsi 92 peratus lebih pantas dari komputer riba yang ada di pasaran sekarang.

iPad Pro baru ini dibekalkan dengan USB-C konektor, dan boleh dibeli dalam 1TB simpanan memori.

Apple Pencil & Smart Keyboard Folio

Apple juga mengambil kesempatan untuk melancarkan produk sampingan iPad Pro, iaitu Apple Pencil Generasi Kedua, dan Smart Keyboard Folio, juga Generasi Kedua. Aksesori ini boleh dibeli berasingan dan memberi kebolehan yang lebih agresif kepada pengguna iPad Pro.

Ibrahim Sani, Astro Awani | Diterbitkan pada Oktober 31, 2018 05:55 +08
 
nnti ada yang buat khemah ke untuk menjadi manusia terawal memiliki Apple ni...

terutama Fans Apple..hehehhehe
 
Alahai murahnya harga kat US, ambil kira gaji dorg dibyr dlm USD. Bila smpai malaysia jd produk mewah.#:-S
 
Aku semenjak aku dewasa tak pernah lagi aku guna produk apple ni. Cuma masa aku sekolah menengah dulu dalam tahun 1987 sekolah aku tubuhkan kelab komputer apabila shell sponsor dalam 10 komputer semuanya Macintosh. Hanya masa sekolah tu aje aku guna apple. Boleh kata setiap hari masuk makmal komputer sebab aku pegang kunci kelab komputer tu. Lepas habis sekolah langsung tak pernah lagi guna Mac dah. Sebab kelab komputer tu lah aku jadi minat dengan komputer ni. Sekarang ni pun memang suka dengan Mac ni tapi harganya la yang tak boleh tahan tu.
 
Back
Top
Log in Register