BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips & Tricks Apple lancar iPhone SE

iPhone SE lebih memori

image.jpg

BERITA baik bagi yang ingin mendapatkan iPhone SE, peranti ini dibekalkan dengan memori 2GB RAM LPDDR4, sama seperti yang terdapat pada iPhone 6s

Menariknya, cip pemprosesan Apple A9 pada iPhone SE tidak didownclock sekaligus membawakan markah yang sedikit tinggi berbanding iPhone 6s. Ini berikutan penggunaan paparan dengan resolusi sedikit rendah pada iPhone SE

iPhone SE yang diumumkan telah dijana dengan cip pemprosesan Apple A9 + M9 dengan “Hey Siri” secara aktif, memori 2GB RAM LPDDR4, kamera 12MP dengan rakaman 4K, Touch ID, dan NFC untuk pembayaran Apple Pay

Ia bakal memasuki pasaran Malaysia sekitar April-Mei ini dengan harga bermula ~RM1699 untuk versi 16GB dan ~RM2199 untuk versi 64GB
 
iPhone SE dijual Mei ini

image.jpg

MODEL terbaharu telefon pintar iPhone SE akan mula dijual di pasaran tempatan mulai 13 Mei ini

Memetik Amanz.my, salah satu pengedar utama barangan Apple di Malaysia, Switch mengumumkan, model terbaharu itu akan mula dijual melalui kedai fizikal dan atas talian mulai 13 Mei 2016

"Iphone SE akan mula dijual di outlet Switch dan atas talian pada 13 Mei 2016," katanya melalui laman Facebook rasmi Switch

Sementara itu, harga yang ditawarkan bermula RM1,949 bagi versi 16GB manakala bagi versi 64gb berharga RM2449

iPhone SE merupakan telefon pintar bersaiz 4-inci daripada Apple yang mengekalkan rekaan bersaiz kompak seumpama iPhone 5S sebelum ini, tetapi pada masa yang sama menawarkan pelbagai fungsi dan spesifikasi terkini termasuk penggunaan cip A9, dan sokongan kamera belakang 12-megapixel

Syarikat telekomunikasi tempatan turut dilaporkan bakal menawarkan iPhone SE melalui pakej mereka
 
kalau dari rupa apa yg bezanya antara 5s dengan 5se......
 
Digi dah keluar list harga.

Setakat ni Digi paling berbaloi kalau banding ngn telco lain.

Tp cara beli tak ckp plak..

Kalau kene pg centre, mcm malas nak pg.
 
Takde beza. Cuma SE ni ada kaler rose gold je.

dah 3 tahun x silap model berasaskan iphone5 nih.....
tapi harga dia murah kira berbaloi la lebih kurang same harga dengan harga ip5s jgk....
 
dah 3 tahun x silap model berasaskan iphone5 nih.....
tapi harga dia murah kira berbaloi la lebih kurang same harga dengan harga ip5s jgk....

Yg pntg spec ngn kamera ikot ip6s. Hahaha
 
Back
Top
Log in Register