BTC USD 85,958.9 Gold USD 4,186.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Apple iPhone 14

tambah bajet lah Bang...sekarang ni phone dah jadi pc...jadi tv...jadi radio...jadi camera...jadi video recorder....scanner....pendek kata hampir semua fungsi lah....hehehe
yup .. kira semua gadget ALL-in-One ...
buat keje office pun bole .. editing video / image pun bole ..
buat shotting movie pun boleh ..

kalau jenis yg xde guna semua tu ... just terima call dan sms ..pakai Alcatel je la
 
iphone-14-paparan-berlubang.jpeg



Kita telah pun hampir menghabiskan suku pertama tahun 2022 dan semakin hari semakin banyak khabar angin tentang peranti iPhone terbaharu daripada Apple.

Antara tumpuan utama berkaitan telefon yang mungkin dinamakan iPhone 14 itu nanti semestinya takuk yang akan dibuang.

Takuk mula diperkenalkan pada iPhone X dan sehingga kini, ia masih lagi kelihatan walaupun Apple telah mula mengecilkannya pada barisan iPhone 13.

Bagaimanapun, iPhone 14 mungkin akan menjadi era baharu buat peranti iPhone kerana ia dijangka menggunakan paparan berlubang berbentuk pil.

Terbaru, gambaran awal rupa bentuk paparan iPhone itu diperlihatkan menerusi lukisan skematik yang dikongsikan.

Mungkin ramai sudah mula teruja dengan khabar angin berikut tetapi nanti dahulu. Seperti biasa, Apple tetap Apple di mana paparan berlubang itu tampil sedikit unik berbanding yang wujud dalam mana-mana telefon Android.

iphone-14-schematic.jpeg


Melihat kepada lukisan skematik tersebut, ia mempunyai satu paparan berlubang berbentuk pil dan satu lagi berbentuk bulat yang menempatkan kamera swafoto.

Jika diikutkan, agak logik rekaan sebegini diterapkan dalam iPhone 14. Kalau ada yang masih belum tahu, di dalam takuk iPhone terdapat banyak 'benda' yang disumbatkan. Anda boleh lihatnya di artikel INI.

Biarpun tiada takuk dan paparan berlubang sedikit unik tetapi sekurang-kurangnya Apple cuba memberi nafas baharu pada model iPhone mereka. Malah, kamera di dalam skrin mungkin tidak akan ditawarkan lagi dalam masa terdekat.

Apa-apa pun, ini masih lagi spekulasi awal dan sama-sama kita nantikan perinciannya dari semasa ke semasa.
 
iPhone-14.jpg



Penganalisis terkenal Apple, Ming-Chi Kuo berkata, hanya model iPhone 14 pro yang akan mempunyai cip 'A16' dan tidak untuk iPhone 14. Menurut beliau, iPhone 14 masih kekal dengan cip yang sama pada iPhone 13 iaitu cip A15 Bionic.

Cip tersebut bakal menunjukkan perbezaan antara model standard dan Pro bagi iPhone 14. Hal ini dinyatakan oleh Ming-Chi Kuo dalam ciapan beliau di Twitter.

Beliau turut mendakwa bahawa iPhone 14 mungkin hadir dengan 6GB RAM LPDDR4X. Manakala iPhone 14 Pro Max pula dengan RAM LPDDR 5 yang mana akan mempunyai memori jauh lebih pantas serta 30% cekap tenaga.

Sekiranya laporan ini benar, nampaknya siri iPhone 14 model standard dan pro memang akan mempunyai perbezaan yang amat ketara. Tidak seperti sebelum-sebelum ini.

Hal ini kerana terdahulu terdapat beberapa laporan yang mengatakan hanya iPhone 14 versi Pro sahaja hadir dengan paparan berlubang.
 
iPhone-14-Pro-2-800x420-1.webp



Ini Imej CAD iPhone 14 Pro, Takuk Tidak Lagi Kelihatan​



Hari pelancaran lama lagi, tapi banyak yang kita sudah dengar mengenai siri iPhone 14 ini. Kini kita sudah dapat melihat rekaan iPhone 14 Pro melalui imej komputer pertama daripada fail rekaan CAD peranti tersebut yang dihasilkan oleh 91Mobile.

Daripada imej tersebut, iPhone 14 Pro ini membawa rekaan kamera yang sama seperti iPhone 13 Pro. Jika dibandingkan dengan iPhone 13 Pro, bonggol pada imej komputer iPhone 14 Pro ini kelihatan lebih nipis.



Artikel Berkaitan

  • Apple Dilaporkan Kekurangan Bekalan Cip untuk iPhone 13

  • POCO X3 Pro Mula Terima Kemas Kini MIUI 13 Global Berasaskan Android 12

  • Tempah HUAWEI P50 Pro Sekarang, Anda Dapat Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM2100

  • realme GT 2 Pro Rasmi Guna Snapdragon 8Gen1, Panel Belakang Seakan 'Kertas'

  • Apple Bawa 'Salji' Terus Ke Dalam iPhone Sempena Hari Natal

  • Program Bantuan Banjir #OPPOCare4U Beri Potongan 30% Untuk Alat Ganti

  • iPhone SE 2022 Kekal Dengan Rekaan Lapuk, Tapi Sokong 5G

  • Google Pixel 6 Pro Mungkin Tidak Sokong Modul Kamera Pihak Ketiga

  • Nothing Acah Untuk Umumkan Produk Baharu Mereka Bulan Ini

  • Huawei Rasmikan P50 Pro dan P50 Pocket Di Malaysia, Guna Snapdragon 888 Dan Harga Dari RM4199


Pada bahagian kiri terdapatnya butang laras audio bersebelahan dengan slot kad SIM. Pada bahagian hadapan pula, walaupun skrin ini tidak mempunyai takuk, ia digantikan dengan 2 lubang dan salah satunya berbentuk seperti pil. Pembesar suara pula ditempatkan pada bezel bahagian atas seperti yang terdapat pada iPhone 13.









iPhone-14-Pro-3-800x420-1.webp




iPhone-14-Pro-6-800x420-1.webp







Melalui imej komputer ini, kita dapat lihat rekaan yang terdapat pada iPhone 14 ini tidak sama dengan rekaan pertama yang dilaporkan pada bulan September tahun lalu. Pada laporan tersebut, iPhone 14 dikatakan tidak lagi mempunyai takuk, tiada bonggol pada kamera, skrin berlubang dan butang suara berbentuk bulat.

Terdapat juga laporan bahawa Apple akan membuang slot kad SIM pada siri iPhone 14. Namun ianya masih belum dipastikan walaupun pada imej komputer masih terdapat slot kad SIM tersebut.









iPhone-14-Pro-2-800x420-1.webp




iPhone-14-Pro-4-800x420-1.webp







Untuk makluman anda, imej komputer ini digunakan oleh syarikat yang membuat aksesori sarung pelindung untuk peranti ini. Namun, jika terdapat sebarang perubahan yang tidak melibatkan perubahan pada penghasilan sarung pelindung tersebut, berkemungkinan Apple boleh menukar rekaan pada iPhone 14 mereka.

Jadi, apa pendapat anda tentang rekaan pada iPhone 14 ini? Adakah ia menarik atau sudah menjadi kebiasaan? Apa-apa pun kita nantikan sahaja pelancaran peranti ini nanti.
 
iPhone-13.jpg



Apple akan mengambil langkah besar dalam siri model iPhone 14 yang akan datang dengan menggunakan sensor kamera 48MP. Apple memang terkenal dengan pendekatan mereka yang tidak gah dalam mengejar sensor kamera peranti mereka. Tidak seperti jenama lain, ada yang telah menggunakan sensor kamera yang lebih besar.

Peranti Apple yang teratas, iPhone 13 Pro Max hanya menggunakan 3 sensor kamera 12MP setiap lensa.


gsmarena_002.jpg
Kapsyen: Kredit: Apple Inc. (iPhone 13 Pro Max)


Walau bagaimanapun, mengikut ciapan twitter penganalisis Ming-Chi Kuo, beliau menyatakan bahawa Apple meningkatkan resolusi sensor kamera model iPhone 14 Pro kepada 48MP.

Melaluinya, mungkin persoalan terjawab mengapa bonggol kamera iPhone 14 Pro kelak akan menjadi lebih besar kerana sensornya pun akan dinaiktaraf.

Sebenarnya, khabar angin terhadap kamera iPhone 48MP ini sudah pun kedengaran sejak sekian lama. Bahkan jika diikutkan, tiada perubahan ketara berbanding iPhone terdahulu. Jadi, berkemungkinan iPhone 14 Pro kali ini membawa satu perkara yang lain daripada lain.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.
 
Apple Sudah Mula Buat Persediaan Untuk Pelancaran iPhone 14

Menjelang acara pelancaran iPhone 14 tidak lama lagi, khabar angin semakin bertiup kencang. Terbaru, terdapat ura-ura mengatakan Apple sudah mula membuat persediaan bagi acara pelancaran pada September ini. Memetik laporan Mark Gurman dari Bloomberg, Apple dikhabarkan sudah memulakan pra-rakaman untuk pelancaran secara dalam talian iPhone 14. Acara ini dijangka akan berlangsung pada separuh pertama September.

Dalam khabar yang lain, Max Weinbach menyatakan acara tersebut berkemungkinan akan berlangsung pada 6 September. Sementara, jualan hanya bermula pada 16 September. Namun begitu, tidak dapat disahkan ketepatan tarikh berkenaan.
Dalam pada itu, Mark Gurman memberitahu Apple mungkin mengadakan dua acara berasingan pada musim luruh atau sekitar bulan Oktober nanti, seperti yang dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, acara pada September akan memfokuskan kepada iPhone dan Apple Watch terbaru. Manakala pada Oktober nanti Apple akan memfokuskan kepada pelancaran Mac dan iPad.

​
 
Back
Top
Log in Register