Ini Imej CAD iPhone 14 Pro, Takuk Tidak Lagi Kelihatan
Hari pelancaran lama lagi, tapi banyak yang kita sudah dengar mengenai siri
iPhone 14 ini. Kini kita sudah dapat melihat rekaan
iPhone 14 Pro melalui imej komputer pertama daripada fail rekaan CAD peranti tersebut yang dihasilkan oleh 91Mobile.
Daripada imej tersebut,
iPhone 14 Pro ini membawa rekaan kamera yang sama seperti
iPhone 13 Pro. Jika dibandingkan dengan iPhone 13 Pro, bonggol pada imej komputer iPhone 14 Pro ini kelihatan
lebih nipis.
Artikel Berkaitan
Apple Dilaporkan Kekurangan Bekalan Cip untuk iPhone 13
POCO X3 Pro Mula Terima Kemas Kini MIUI 13 Global Berasaskan Android 12
Tempah HUAWEI P50 Pro Sekarang, Anda Dapat Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM2100
realme GT 2 Pro Rasmi Guna Snapdragon 8Gen1, Panel Belakang Seakan 'Kertas'
Apple Bawa 'Salji' Terus Ke Dalam iPhone Sempena Hari Natal
Program Bantuan Banjir #OPPOCare4U Beri Potongan 30% Untuk Alat Ganti
iPhone SE 2022 Kekal Dengan Rekaan Lapuk, Tapi Sokong 5G
Google Pixel 6 Pro Mungkin Tidak Sokong Modul Kamera Pihak Ketiga
Nothing Acah Untuk Umumkan Produk Baharu Mereka Bulan Ini
Huawei Rasmikan P50 Pro dan P50 Pocket Di Malaysia, Guna Snapdragon 888 Dan Harga Dari RM4199
Pada bahagian kiri terdapatnya butang laras audio bersebelahan dengan slot kad SIM. Pada bahagian hadapan pula, walaupun skrin ini tidak mempunyai takuk, ia digantikan dengan
2 lubang dan salah satunya berbentuk seperti
pil. Pembesar suara pula ditempatkan pada bezel bahagian atas seperti yang terdapat pada iPhone 13.
Melalui imej komputer ini, kita dapat lihat rekaan yang terdapat pada iPhone 14 ini tidak sama dengan rekaan pertama yang dilaporkan pada bulan September tahun lalu. Pada laporan tersebut, iPhone 14 dikatakan tidak lagi mempunyai takuk, tiada bonggol pada kamera, skrin berlubang dan butang suara berbentuk bulat.
Terdapat juga laporan bahawa Apple akan membuang slot kad SIM pada siri iPhone 14. Namun ianya masih belum dipastikan walaupun pada imej komputer masih terdapat slot kad SIM tersebut.
Untuk makluman anda, imej komputer ini digunakan oleh syarikat yang membuat aksesori sarung pelindung untuk peranti ini. Namun, jika terdapat sebarang perubahan yang tidak melibatkan perubahan pada penghasilan sarung pelindung tersebut, berkemungkinan Apple boleh menukar rekaan pada iPhone 14 mereka.
Jadi, apa pendapat anda tentang rekaan pada iPhone 14 ini? Adakah ia menarik atau sudah menjadi kebiasaan? Apa-apa pun kita nantikan sahaja pelancaran peranti ini nanti.