BTC USD 84,213.8 Gold USD 4,276.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Ban Aplikasi Anti Islam

Adakah kerana suara orang Islam sudah kuat sehingga mampu megguggat satu syarikat gergasi US. Atau adakah ini semua satu dari marketing strategi untuk mengelakkan jualan iPhone tergugat.

http://www.youtube.com/watch?v=hFV5e0011mY&feature=related

Apapun sekurang-kurangnya barat sudah mula bukak mata dan mula menjaga sensitiviti kita, orang Islam.

Apa kata anda?

Aplikasi apa yang anti Islam tuh..youtube tak leh nak buka so..tak dapat tengok..bagus la Apple bertindak mem"banned" aplikasi tersebut..harap tindakan dia berterusan laa :)cgrock
 
org islam antara market terbesar diorang, kte pn terhegeh2 nak memiliki produk diorang. produk tempatan dikutuk2, itu la ini la. kah kah :))
 
macm ader hidden agenda jer,...mungkin iniyg dikatakan cara halus yg digunakan oleh musuh2 islam...
 
Aplikasi apa yang anti Islam tuh..youtube tak leh nak buka so..tak dapat tengok..bagus la Apple bertindak mem"banned" aplikasi tersebut..harap tindakan dia berterusan laa :)cgrock

OK untuk ringkaskan cerita, salah satu aplikasi yang dibian tu ialah aplikasi yang memberikan info bahawa bagaimana orang yang membaca Al-Quran dan mengikuti sejarah Nabi Muhammad sebenarnya tertipu. So kira macam encyclopedia la tapi khas buat iPhone. So dalam tu dia cerita detail satu persatu kenapa ayat alquran tu salah dan bagaimana ia menggalakkan benda2 yang tak sihat seperti terrorism dsbnya.

Mengikut pereka aplikasi tersebut, dia buat macam tu sebab mengambil iktibar dari satu lagi aplikasi lain yang sama konsep nya tapi ditujukan kepada bible. Maknanya pereka aplikasi bible tu kondem bible dengan hujah2nya. Yang menjadi kemarahan pereka aplikasi anti Islam ni ialah kenapa aplikasi berbentuk anti bible dibenarkan di disebarkan iTune sebaliknya aplikasi beliau tidak pula.

Kalau ada peluang cuba la browse youtube cari video perbualan mamat tu dengan pegawai Apple. Terkial2 jugak pegawai Apple tu nak menjawab tapi dia tetap dengan keputusannya untuk ban mamat ni punya aps.

Ni link dia: http://www.youtube.com/watch?v=C4mRhwYvuAY

:)

PS: Seperkara lagi, nama aplikasi tu ialah "iSlam Muhammad"
 
bukan jaga kepentingan orang Islam tapi kepentingan bisnes diorang je :) tapi agak2 orang Islam akan boikot Apple ke kalau app ni tak di ban sekalipun? :-?
 
bukan jaga kepentingan orang Islam tapi kepentingan bisnes diorang je :) tapi agak2 orang Islam akan boikot Apple ke kalau app ni tak di ban sekalipun? :-?

Rasanya boikot tu mungkin ada tapi tak besar sampai boleh menggugat sales dia.

Cumanya mungkin ada pekerja mereka yang Islam dalam tu yang mungkin ada menegur pihak dalaman Apple. Sebab tu masa pereka applikasi anti islam ni berbual dlm telefon dgn staff apple ni, dia ada tanya samaada dia Meslim, tapi dia tak jawab pun. Mungkin dia sebenarnya Christian tapi takut kalau mengaku cristian org kutuk dia. Dan mungkin dia ni Islam tapi tak menjawab kerana takut pula Apple dilabel sebagai menyokong Islam. :-?
 
Back
Top
Log in Register