BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Tahan Dua Vesel, Rampasan Bernilai RM260 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

APMM Tahan Dua Vesel, Rampasan Bernilai RM260 Juta​

bad070596e87f12b6896a9d4d8d9b7066312056da6f2d

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua vesel yang disyaki menjalankan aktiviti kapal ke kapal tanpa kebenaran di perairan negara awal pagi semalam, dengan nilai rampasan dianggar sebanyak RM260 juta.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata penahanan dilakukan pada pukul 3.20 pagi selepas menerima maklumat awam berhubung dua buah vesel mencurigakan yang dilihat berhimpit pada kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat laut Tanjung Buai.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan sejumlah muatan minyak yang dipercayai tidak mempunyai dokumen berkaitan pemilikan dan penghantaran.

“Kedua-dua vesel yang terdiri daripada sebuah bot tunda dan kapal korek yang masing-masing berdaftar di Malaysia, berserta muatan minyak berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Najib berkata bot tunda tersebut dikendalikan lima kru termasuk nakhoda yang terdiri daripada warga tempatan dan Indonesia berusia antara 26 hingga 58 tahun, manakala kapal korek pula dikendalikan 13 kru termasuk nakhoda, kesemuanya warga tempatan berusia antara 22 hingga 51 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana disyaki melakukan aktiviti kapal ke kapal tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) OPS 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran serta Akta Kastam 1967 berhubung penemuan muatan minyak yang disyaki tidak mempunyai dokumen berkaitan.

 
Back
Top
Log in Register