BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral APM selamatkan kuda jatuh parit

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,282
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,282
Reaction score
1,665
Points
201
APM SELAMATKAN KUDA JATUH PARIT
FB_IMG_1628639564166.jpg
FB_IMG_1628639566219.jpg
FB_IMG_1628639570901.jpg

KUALA SELANGOR – Seekor kuda berusia lima tahun berjaya diselamatkan menggunakan hos pemadam api dan jentolak selepas terperangkap di dalam parit sedalam 1.5 meter hampir 40 minit dalam kejadian di sebuah kebun di Jalan Ara, Sungai Yu di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi selepas kuda dianggarkan seberat 200 kilogram itu baru selesai meragut rumput di kawasan kebun tersebut.

Menurut pemilik kuda itu, Badrul Zaman Mohd. Yasir, 57, berkata, kuda berkenaan dibeli pada harga RM7,000 sebagai hadiah hari jadi anak sulungnya daripada tiga beradik sebelum ini.

Katanya, haiwan berkenaan yang tidak menyedari parit itu telah tergelincir dan terjatuh ke dalam parit tersebut.

“Saya yang tersedar ketika memberikan makanan kepada kambing di lokasi berhampiran terus bergegas terjun ke dalam parit dan memastikan mukanya tidak tenggelam dalam parit.

“Kami sekeluarga cuba menyelamatkan haiwan menggunakan peralatan dan jentolak bagi menariknya keluar sebelum menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Malaysia (APM),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Pemangku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Lt. (PA) Maizura Suradi berkata, seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.56 pagi.

Ujarnya, pihaknya yang mendapati kuda berkenaan dalam keadaan lemah telah menggunakan hos pemadam api yang diselitkan di bahagian depan dan belakang badan kuda itu sebelum menariknya menggunakan jentolak.

“Operasi menyelamat mengambil masa selama 40 minit sebelum kuda itu kemudiannya diserahkan kepada pemiliknya,” katanya. -K! ONLINE
 
Birthday bapak belikan kuda ye

 
Back
Top
Log in Register