BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Android Google Aplikasi Google Message - Picit & Zum

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Aplikasi Google Message adalah aplikasi permesejan SMS/RCS daripada Google. Aplikasi ini adalah aplikasi percuma yang anda boleh muat turun di Play Store bagi menggantikan aplikasi SMS lalai peranti anda. Ada juga pengeluar peranti menggunakan aplikasi ini sebagai aplikasi lalai untuk SMS.

Google Message hanyalah satu aplikasi yang ringkas, yang baru sahaja cuba menjadi seakan iMessage dengan sokongan RCS. Ia padat dengan ciri dan fungsi menarik, di mana jika anda menggunakan telko dengan sokongan RCS – aplikasi ini berfungsi seakan WhatsApp. Mesej dihantar menggunakan Internet dan bukannya kredit anda. Baru-baru ini, aplikasi ini mula menyokong penyulitang hujung-ke-hujung untuk semua pengguna.

Google-Message-Picit-Dan-Zum-01.gif

Tetapi, tahukah anda yang aplikasi ini turut menyokong picit dan zum di ruangan perbualan anda atau pada setiap mesej yang diterima anda boleh zum untuk membesarkan saiz teks? Ia amat berguna bagi mereka yang ingin zum pada teks penting seperti kod pengesahan, pautan, teks penting dan lain-lain secara sementara. Jika satu mesej dipicit dan dizum, keseluruhan mesej dalam aplikasi turut akan menjadi besar. Saiz pula bergantung kepada pengguna ingin zum sehingga tahap yang digemari.

Perlu diingatkan yang saiz teks besar adalah dari dalam ruangan permesejan sahaja dan bukannya pada keseluruhan aplikasi.
 
Back
Top
Log in Register