BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Google Dalam Persediaan Untuk Memperkenalkan Aplikasi NotebookLM Untuk Android & iPhone

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Google sedia menawarkan perkhidmatan NotebookLM yang membolehkan pengguna menjana audio berbentuk perbincangan dikuasakan dengan kecerdasan buatan. Selain berasaskan web, kini pihak Google turut dalam persediaan untuk melancarkan aplikasi NotebookLM untuk pengguna Android dan iPhone.

Aplikasi berkenaan kini sudah boleh dipra-daftar di kedai aplikasi App Store dan Google Play Store, akan membolehkan pengguna melihat pelbagai nota yang dijana melalui web, melihat sumber-sumber kepada nota berkenaan, dan pada masa yang sama mendengar audio yang dijana melalui perkhidmatan berkenaan.

Buat masa ini, ia lebih kepada untuk membaca dan mendengar, dan belum boleh digunakan untuk penjanaan melaluinya. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-daftar melalui App Store atau Google Play Store hari ini.​
 
Last edited:

Aplikasi Google NotebookLM Kini Boleh Di Muat-Turun Di Android & iOS


Aplikasi Google NotebookLM kini boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS setelah sekian lama hanya boleh diakses menggunakan pelayar web. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh melakukan ringkasan nota menggunakan NotebookLM yang kemudiannya turut boleh diubah menjadi podsiar bagi memudahkan ulang kaji dilakukan menggunakan audio.Nota dalam bentuk audio ini kemudiannya boleh dimuat turun untuk didengari di luar talian. Dalam mod podsiar pula, pendengar boleh mencelah dan menanyakan soalan mengenai topik dibualkan seperti sedang mendengar kuliah secara langsung. Soalan turut diberikan dalam bentuk teks dan NotebookLM akan memberikan jawapan lengkap dengan anotasi di mana ia boleh dibaca dalam nota yang diproses. Menerusi aplikasi NotebookLM, melakukan ulang kaji kini tidak lagi dalam bentuk teks dan akhirnya boleh dibawa kemana-mana sahaja asalkan anda mempunyai telefon pintar. Aplikasi Google NotebookLM disokong pada peranti dengan sekurang-kurangnya Android 10 dan iOS 17. Muat turun menerusi pautan di bawah.

Muat turun Google NotebookLM menerusi Play Store
Muat turun Google NotebookLM
menerusi App Store
 

Google NotebookLM Kini Turut Boleh Menjana Kandungan Dalam Bentuk Video

Google sedia menawarkan salah satu perkhidmatan popular, NotebookLM. Ia sedia digunakan ramai dalam menghasilkan kajian dan laporan dalam bentuk audio interaktif, dimana ia boleh menjana audio berbentuk perbincangan antara dua pihak. Tidak setakat itu, kini Google turut memperluaskan perkhidmatan NotebookLM dengan menjana kandungan dalam bentuk video. Buat masa ini, Google menawarkan paparan video tersebut dalam format pembentangan, tetapi dijangka menambah beberapa format video lain bergerak ke hadapan.

Ini sekaligus membolehkan sesuatu laporan atau kajian atau kandungan dibentangkan bersama-sama graf, diagram, dan pelbagai imej serta kandungan dalam menjadikannya lebih menarik berbanding hanya janaan dalam bentuk audio sebelum ini.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Google hanya menawarkan janaan video ini untuk kandungan dalam bahasa Inggeris sahaja. Sokongan untuk bahasa lain dijangka menyusul secara berperingkat. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ciri ini melalui NotebookLM.
 
Back
Top
Log in Register