Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Proton yang sedia terkenal dengan penawaran perkhidmatan memfokuskan privasi, dan hari ini memperkenalkan sebuah aplikasi baharu, iaitu aplikasi untuk pengesahan dwi-faktor, dinamakan Proton Authenticator. Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, pelbagai perkhidmatan telah beralih kepada penggunaan aplikasi pengesahan dwi-faktor menggantikan penggunaan penghantaran kod melalui SMS. Antara yang menawarkan aplikasi seumpamanya adalah termasuk Google, Microsoft dan juga Authy. Proton mengatakan kelebihan Proton Authenticator adalah ia dalam sumber terbuka, tiada pengiklanan atau penjejakan, serta ditawarkan pada pelbagai platform. Bagi anda yang mencari aplikasi untuk pengesahan dwi-faktor, boleh mendapatkan Proton Authenticator ini yang ditawarkan di Android, iPhone, Windows, Mac dan juga Linux.