BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Api sambar kereta sedang dikimpal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_15.1.jpg

INILAH kereta yang menjadi punca tiga rumah papan terbakar di Padang Jawa, Klang semasa kerja-kerja kimpalan dijalankan ke atas kenderaan itu semalam.

SHAH ALAM - Sederet tiga buah rumah papan dan sebuah kereta Honda Prelude musnah dijilat api dalam kebakaran di Jalan Berangan 2, Padang Jawa di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, seorang mangsa hampir 20 peratus melecur di badan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini untuk rawatan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada kerja-kerja kimpalan yang sedang dilakukan oleh salah seorang penghuni rumah ke atas kereta Honda Prelude milik rakannya di depan rumah.

Malangnya, kenderaan tersebut tiba-tiba terbakar dan api menyambar dinding rumahnya sebelum merebak ke rumah jiran sebelah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Mohd. Khairi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1.55 petang sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dan Shah Alam bersama 10 anggota bergegas ke lokasi.

"Setiba di lokasi lapan minit kemudian, ketiga-tiga rumah itu sudah terbakar dan usaha memadamkan kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah lain yang terletak berdekatan dijalankan.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh lima minit dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan, namun nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya di sini semalam.

Mohd. Khairi memberitahu, ketika kejadian, kira-kira sembilan daripada 15 penghuni berada di dalam ketiga-tiga rumah terbabit, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Katanya, kesemua penghuni dikatakan menyewa kediaman berkenaan.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm
 
aku paling menyampah dengan mekanik bo-doh sombong jenis yg macam ni..
bila kita ajar dia procedure betul, dia kutuk2, taknk dengar...konon2 kita ni berlagak sbb belajar tinggi...


buat kerja takde protokol...abis terbakar umah org lain...menyusahkan org...
 
aku paling menyampah dengan mekanik bo-doh sombong jenis yg macam ni..
bila kita ajar dia procedure betul, dia kutuk2, taknk dengar...konon2 kita ni berlagak sbb belajar tinggi...


buat kerja takde protokol...abis terbakar umah org lain...menyusahkan org...



ha... ini makan dierr.... :D
 
Tak pasal2 orang lain pon jadi mangsa
 
dia tak cabut terminal kat beteri ke tu
short wiring kereta takpe
short wiring rumah tros terbakar semua
 
Back
Top
Log in Register