BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aper nak jadi laa

Mr-jack

Fun Poster
Messages
539
Paid Membership
Joined
Jul 21, 2006
Messages
539
Reaction score
0
Points
10
Kalau korang baca cerita nie pon aku rasa korang mesti marah
giler...cilaka dan seeyal punya jantan...isteri2 dia pon sama macam seeyal
jugak ...

LELAKI 10 ISTERI MENGAKU SALAH ROGOL ENAM ANAK
Oleh
Khalid Khamis

SEORANG ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol
enam anak perempuannya hingga dua daripada mereka hamil.

Lelaki berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz, melakukan
kesalahan keji itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember 2003 dengan
Jun 2005. Namanya tidak boleh disiarkan demi melindungi identiti mangsa.

Kesemuanya, dia menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pihak pendakwa
memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 tuduhan diambil dalam
pertimbangan.

Mahkamah diberitahu, perbuatan sumbang mahram itu dilakukan di bilik salah
satu daripada tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya.

Anak-anak perempuannya yang menjadi mangsa itu pula berusia antara 12
dengan 15 tahun. Kandungan dua anaknya itu terpaksa digugurkan.
Kesemuanya, tertuduh mempunyai 33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.

Di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Tay Yong Kwang menolak permohonan
pendakwa raya, Encik Eugene Lee, agar menjalankan perbicaraan secara
tertutup. Menurutnya, perbicaraan boleh dilakukan dalam mahkamah terbuka
kerana mangsa tiada di mahkamah untuk memberi keterangan.

Lelaki berbadan kecil rambut beruban itu kelihatan tenang ketika tuduhan
dibacakan kepadanya.

Menurut surat pertuduhan, dia menggunakan ayat Al-Quran daripada surah
Al-Mukminin untuk 'mempunyai hak mutlak seseorang terhadap anak-anaknya
hingga dibolehkan mengadakan seks'.

Namun, rahsianya terbongkar selepas salah seorang anaknya itu membuat
laporan polis pada 24 Jun tahun lalu selepas mengadu tindakan ayahnya itu
kepada seorang kenalannya.

Dalam rayuannya, peguam bela, Encik Harold Seet, berkata anak guamnya
melakukan perbuatan itu kerana menghadapi masalah kewangan dan untuk
mencegah anaknya daripada bergaul dengan budak lelaki.

'Dia berfahaman jika dia dapat memuaskan nafsu anak-anak perempuannya,
mereka mungkin tidak bergaul dengan budak lelaki,' katanya.

Dua daripada enam anak perempuan yang menjadi mangsa kini berada di rumah
tumpangan budak perempuan.

Tertuduh yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan menukar
fahaman Sunni kepada fahaman Syiah sekitar 1988. Dia juga difahamkan telah
menukar namanya sebelum ini.

Sementara itu, dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di mahkamah
selepas perbicaraan.

Seorang adik tertuduh pula berkata keluarganya tidak tahu-menahu tentang
kes tersebut.

Beliau, yang berusia 42 tahun dan sudah tujuh tahun tidak bertemu abangnya
itu, berkata: 'Nak ikutkan hati saya memang tak mahu datang ke sini, tapi
tak sampai hati, sebab buruk-buruk pun darah daging sendiri.'

Hukuman akan dijatuhkan Selasa depan tetapi Hakim Tay membayangkan
tertuduh boleh dikenakan hukuman rotan maksimum 24 sebatan, selain hukuman
penjara

ANAK JERIT KESAKITAN TAPI TIDAK DIENDAH
Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam gugurkan kandungan

MEREKA menangis dan menjerit kerana kesakitan hingga berdarah, tetapi ayah
mereka tidak mengendahkannya dan terus merogol mereka.

Tanpa segan silu, si ayah berkata: 'Kau tahan saja, sakit sekejap saja.'

Kata-kata itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan
adik-beradik yang menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu.

Lelaki berumur 45 tahun itu melakukan perbuatan keji tersebut antara
Disember 2003 de ngan Jun lalu, ketika anak-anaknya berusia antara 12
dengan 15 tahun.

Dikatakan arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih berbahasa Arab, lelaki itu
berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah
Al-Mukminin, bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya,
termasuk melakukan hubungan seks, atau sumbang mahram, dengan anak-anak pe
rempuannya.

Alasannya diperkukuhkan dengan helah kononnya dia berniat untuk
mendisiplinkan anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan
budak-budak lelaki.

Satu demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya untuk memuaskan
nafsunya.

Satu demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci kedengaran
dari luar bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu mereka
keluar.

Tiada siapa membantah kerana terlalu hormat akan dia sebagai seorang ketua
keluarga dan 'guru agama' mereka.

Lebih setahun enam anaknya itu memendam perasaan mereka kerana tiada
tempat untuk mengadu. Mereka hanya dapat berkongsi pengalaman sesama
mereka.

Dua daripada mereka hamil akibat perbuatan ayah mereka.

Peguam bela lelaki itu, Encik Harold Seet, berkata dia juga bertindak
menggugurkan kandungan itu supaya anaknya tidak melahirkan cucunya
sendiri.

Salah seoarang daripada mereka didapati hamil lapan minggu pada 7 Mac
tahun lalu dan dua hari kemudian diarahkan supaya menggugurkan
kandangannya.

Pada 28 Mei lalu, seorang lagi anaknya hamil dan kali ini si ayah dan
beberapa isterinya membawa remaja itu ke Batam untuk menggugurkan
kandungannya.

Pengalaman pahit mereka berakhir apabila anak yang menjadi mangsa pertama
mengadu kepada seorang kawannya.

Dengan bantuan kawannya, remaja itu membuat laporan polis pada 24 Jun lalu
dan lelaki yang bak binatang bertopengkan manusia itu ditahan sehari
kemudian.


Fakta kes

Tertuduh: 45 tahun, pemilik syarikat pengangkutan. Mempunyai 10 isteri
(empat isteri sah dan enam melalui nikah muta'ah) dan 66 anak (33 lelaki
dan 33 perempuan).

Kes: Menghadapi 43 tuduhan merogol, cuba merogol dan mencabul kehormatan.
Melakukan kesalahan antara Disember 2003 dengan Jun 2005 di biliknya di
sebuah flat jumbo.

Keputusan: Didapati bersalah bagi sembilan tuduhan merogol lima anak
perempuannya yang berusia antara 12 dengan 15 tahun. Baki 34 tuduhan
diambil dalam pertimbangan.

Laporan polis: Mangsa pertama membuat laporan polis pada 24 Jun 2005,
sehari selepas dirogol.

Mangsa pertama: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan
23 Jun 2005.

Mangsa kedua: Berusia 12 tahun dan dirogol dua kali, pada Januari 2004 dan
Mac 2004.

Mangsa ketiga: Berusia 14 tahun dan yang dirogol pada Januari 2005.

Mangsa keempat: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan
Jun 2005.

Mangsa kelima: Berusia 13 tahun dan dirogol dua kali, pada Mac 2004 dan
Mei 2005


Kenapa aku cakap isteri2 dia macam seeyal???...arrrr...kroang baca citer
di bawah nie...
ISTERI PUJUK ANAK SERAH TUBUH
ISTERI-ISTERINYA memujuk dan memaksa anak-anak perempuan mereka supaya
menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka.

Setiap kali anak mereka datang teresak-esak dan mengadu sakit selepas
dinoda oleh ayah mereka, si ibu hanya memeluk dan memuji mereka kerana
'pengorbanan' itu.

Isteri-isterinya juga menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu
melakukan perbuatan keji itu dengan salah seorang anaknya.

Dengan taat membabi buta, si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang
demi seorang anak mereka masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka
menunggu untuk menoda mereka.

Walaupun anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan perbuatan
keji itu, si ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu merupakan
tanggungjawab mereka dan memujuk mereka supaya bertenang dan jangan
fikirkan apa yang akan dilakukan.

Jika mereka berdegil, si ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan
hampir menangis.

Tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas hubungan si
ibu dengan ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat hati.

Perbuatan keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan bahawa
sebagai seorang ayah dia mempunyai hak mutlak ke atas anak-anaknya.

Dalam salah satu kelas agama yang dipimpinnya untuk keluarganya, lelaki
itu berkata hak tersebut termasuk melakukan sumbang mahram.

Lelaki itu, yang mempunyai sijil yang melayakkannya mengajar kelas agama
dan pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan di sini,
menyalahtafsirkan satu ayat dalam Surah Al-Mukminin untuk memperdaya
isteri-isterinya bagi memuaskan nafsu buasnya.

Apabila isterinya menyoalnya dan berkata dia mungkin tersilap, dengan
kata-kata manis lelaki yang pandai bercakap itu meyakinkan
isteri-isterinya bahawa perbuatannya itu dibenarkan mengikut Al-Quran.

Termakan dengan kata-katanya dan kerana terlalu menghormatinya sebagai
ketua rumah tangga dan 'guru agama' mereka, si isteri menuruti
perintahnya.

Malah, seorang daripada mereka juga ditugaskan memastikan anak-anak
perempuan mereka tidak dalam haid apabila diminta memuaskan nafsu ayah
mereka.
 
ish sadisnya...
lebih teruk dr binatang...
Kalau ada hukum Hudud, pasti akan diadili seadil2 nya...
mmmg binatang... :(
 
sah2 macam ni kita biasa baca kat novel atau tengok drama..
tapi ada jugak terjadi di alam realiti..insaf gila bila baca..
boleh di jadikan ikhtibar buat kita..

inikah balasan ku?

hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati
ku..sebelum hanya seronok membaca masalah keluarga disini, dan
akhirnyer...

Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak
cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku
baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku
percaya, guru mengaji. Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat
report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang
ingatan, hysteria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar
pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang
lalu.

Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, adalah dari
kesilapan lampau aku.
Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu.
Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada
masalah rumahtangga dgn isteri aku.
Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku
namakan die Ayu.

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami
yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2
dengan Ayu.
Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi,cium
apetah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan
die berjalan lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi
karaoke.
Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman
ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel
berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu
tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari
keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..

Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan
bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak
nikah dengan ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang
maut.

Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewa.
Sambil ayu menangis ter esak2,ayu merayu jangan tinggalkan die dalam
keadaan mcm ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak
nikah jugak dalam masa terdekat.

Nak dijadikan cerita, balik saja rumah, isteriku melayan aku dengan baik
sekali, tiba2 aku rasa bersalah yang amat pada isteri, sambil melihat
wajah
anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku
masih sayang pada isteriku..

Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat pada
isteriku..sejak itu isteriku melayan dengan baik, seperti kami bercinta
balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid,
pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih saying pada keluarga
aku. Janji yg aku tabor pada ayu, hanya janji manis saja.

Aku cuba jauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku.
Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang
terjadi.

Satu hari yang tak disangka, pabila aku pulang kerumah, aku nampak
kereta ayu didepan rumah ku, aku tecari2 ayu dimana die. Dlm perjalanan
menuju kerumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku
panic, tapi ape yang terjadi aku akan hadapi.
Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat ayu merayu2 melutut depan
isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya.
Isteri memberitahu perempuan gila ini, telah ada menjalin hubungan
dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam.
Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar ayu
sepuas2 puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita ayu ni
perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain,

Tanpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah.
Menangis ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau
rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung
ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant?aku hamper pengsan
lagi..dan ayu juga melafazkan' aku benci kau, aku benci kau dan
keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol'..terus
ayu menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku
dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental
selepas ditinggalkan kekasih lama.oleh kerana aku selalu mendengar
keluhan hati die, die naik syok dengan aku..
Isteriku tak puas hati tapi die siap warning jikan benar aku takde ape2
affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu.
Keesokkan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan
ayu.
Sebaik ayu menangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku..
sumpah yang aku masih teringat2.. 'aku doakan keturunan kau semua mati
kena rogol'..

Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah
meningal dunia tahun lepas. ..

Sekarang bila terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku?
Aku menangisi nasib aku, anak2 aku..
Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu, tapi ayu sudah
tiada..
Aku bingung,..setiap malam aku buat semayang sunat,taubat. ..tapi
bayangan ayu selalu hadir dlm minda ku...

Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak
gadisku...perit. .sungguh perit!
 
nie benci tul la..org kuat agama..buat malu..buruk nama..
 
Apa yang patut di lakukan selepas kita kencing...

>>Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi
>>sebagai
>>panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai
>>orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya,
>>sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
>>Syedina
>>Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi
>>tiba-tiba
>>tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan
>>si
>>polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah
>>terkejutnya
>>apabila seekor ular sedang melilit kepala mayat sipolan itu.
>>Syedina Abu
>>Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
>>Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya" Apakah salah ku
>>kerana
>>aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan"
>>Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan
>>orang
>>yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila
>>membuang
>>air kecil.
>>
>>Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan
>>berdehem
>>dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
>>Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali
>>sehingga
>>tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah
>>dengan air sesucinya.
>>
>>Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan
>>dicucikan
>>bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan
>>dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya
>>menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia
>>tidak
>>membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir
>>itu.
>>
>>Wassalam
 
kat negeri mana berlaku ni?rasa takda negeri kat dlm artikel tu.
 
nie benci tul la..org kuat agama..buat malu..buruk nama..

ini bukan org kuat agama, ini syaitan bertopengkan agama..
kalau kuat agama, takkan buat keje2 zalim mcm ni.
buat malu Melayu aje la... isssshh
sian kat anak2 dia, ape la nasib dorang tu,
mmg tak tau, apa nak jadi la... :(
 
kembalilah kpd iSLAM yg hakiki...
bukan islam yg had hari....:(
 
gile ahhh!! mazhab mana neh...dah sesat neh
 
Back
Top
Log in Register