BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Apek pukul kucing

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201


Kawasan Flat Pandan Jaya (PPAS)

Sebenarnya, ini bukan kali pertama. Sebelum ini, lelaki tua ini menggunakan batang penyapu atau paip pvc smtg untuk memukul mana-mana kawasan kucing di sana dengan alasan: Kucing berak .

Kredit: Njannahasmat
 
Polis siasat lelaki warga emas didakwa dera kucing


POLIS mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung video tular seorang lelaki warga emas didakwa mendera seekor kucing di Flat Pandan Jaya, Ampang, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 10 pagi, pengadu seorang wanita Indonesia berusia 26 tahun telah terdengar bunyi kucing bising di luar rumah.

Beliau berkata, pengadu mendapati jirannnya iaitu seorang lelaki berbangsa Cina berusia 60-an sedang mendera seekor kucing dengan memasukkan haiwan itu ke dalam jaring besar.

“Pengadu juga telah melihat lelaki tersebut mengheret kucing dari tingkat rumah pengadu sehingga ke bawah flat tersebut.

“Pengadu dan suami telah turun dan mengikut lelaki tersebut dan beberapa penduduk telah menasihatkan lelaki itu supaya melepaskan semula kucing yang berada di dalam jaring,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, lelaki warga emas itu bertindak sedemikian kerana kucing tersebut sering berak di hadapan rumahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia.

Mohd Azam berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam perbuatan penganiayaan terhadap haiwan.

Sumber : Utusan TV
 
Back
Top
Log in Register