jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
Anda mungkin terdengar istilah EO & EO6 kebelakangan ini? Apa cerita?
EO = Emergency Ordinance = Ordinan Darurat.
Sama seperti ISA, EO ini digunakan untuk menahan seseorang tanpa sebarang bicara untuk masa yang tidak terhad.
Fakta ini yang menyebabkan ramai rakyat merasakan undang-undang ini tidak munasabah. Mengikut Perlembagaan Malaysia serta hak-hak asasi antarabangsa, setiap orang yang ditahan pihak berkuasa sepatutnya diberi peluang untuk mempertahankan diri di makhamah.
Akta-akta seperti EO dan ISA membolehkan pihak berkuasa menahan seseorang berdekad-dekad tanpa memberi sebarang tuduhan atau bukti nyata mengenai kesalahan.
Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memanjangkan tempoh tahanan tanpa sebarang had masa atau semakan kuasa.
Mengikut afidavit, enam orang ahli PSM yang ditahan bawah EO pada 2 Julai ditahan kerana didapati menjadi penganjur utama himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai.
Beberapa perkara tidak logik di sini:
1) Tiada apa-apa perwakilan parti politik dalam jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
2) Memandangkan 9 Julai sudah berlalu, mengapa 6 orang ini masih ditahan?
Ada yang kata pihak PSM (Parti Sosialis Malaysia) sering menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa kerana pemerintah ingin menghidupkan balik isu komunis yang sebenarnya tidak wujud lagi untuk menakutkan pengundi.
Pada asasnya, setiap rakyat berhak dituduh di makhamah terbuka dan diberi peluang untuk mempertahankan diri.
Penahanan tanpa bicara melanggar hak asasi manusia, memberikan kuasa yang berketerlaluan kepada pihak tertentu yang mudah disalahguna, dan adalah sesuatu penindasan yang cukup kejam.
Masyarakat yang bertamadun dan berbelas kasihan wajar menolak apa-apa pun penahanan tanpa bicara. Nilailah untuk sendiri dan fikirkan nasib mereka yang ditahan dan keluarga-keluarga mereka.