BTC USD 81,066.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah Itu 4K?

saje nak wat refresh.. untuk org yg blom tau.. walaupun ramai kat sini yg dah tau.. :D

copy paste dari amanz.my:

Hari demi hari, skrin dengan resolusi yang semakin tinggi hadir pada pelbagai peranti, dan semestinya yang paling utama adalah televisyen, telefon pintar dan juga tablet. Pada acara CES 2013, salah satu perkara yang hangat diperkatakan adalah skrin dengan paparan 4K. Jadi, apakah itu 4K?

4K merupakan ringkasan kepada “4000″, dimana menandakan kepada lebar dengan 4,000 pixel. Pada hari ini, salah satu terma yang popular dikalangan pengguna adalah 1080p, menandakan kepada skrin dengan resolusi 1920×1080 pixel. Namun, dengan lebih ramai yang inginkan kualiti lebih baik, maka paparan dan resolusi yang dihasilkan juga lebih menarik berbanding sebelum-sebelum ini.

4k.jpg

Untuk 4K, terdapat beberapa saiz digunakan pada masa kini, yang mana menghampiri kepada saiz 4000×2000 pixel. Untuk memudahkan pengeluar mengeluarkan peranti dengan satu piawaian mudah, pada 2012, pihak Consumer Electronics Association memperkenalkan terma “Ultra High Definition“, dimana sekurang-kurangnya membawakan paparan dengan resolusi 3840×2160 pixel.

Walaupun beberapa televisyen telah diperkenalkan dengan paparan 4K pada CES 2013, namun salah satu masalah buat masa ini adalah kandungan berasaskan 4K masih kurang dipasaran. Kamera yang menyokong untuk merakamkannya juga masih terhad, dan tidak digunakan secara meluas oleh semua.

Di YouTube dan Vimeo sendiri, hanya terdapat beberapa video sahaja dengan paparan 4K, dan mungkin tidak lama lagi, angka video dengan paparan resolusi berkenaan akan meningkat dengan drastik. Namun begitu, walaupun 4K hangat diperkatakan hari ini, mungkin ia akan mengambil masa setahun dua lagi sebelum benar-benar popular, apatah lagi, televisyen dengan paparan 4K masih dijual dengan harga yang amat mahal.

senang citer: 4K = Empat Kali 1080p :)cgrock

sumber: http://amanz.my/

..ooi ingat pada dia tajuk 4K.(4 ekor katak) ghupa nya nantang lain..sori lah: silap mula: upaya nya 4 x 1080p utk LCD TV padang Merderka gamaok nya: tu:
 
4K ni bukan ke kena screen size 60 - 70 inci ke atas baru dpt feel dia tu. Kalau setakat tv size biasa2 macam kita pakai kat rumah tu rasanya baik x payah ber 4K bagai. fullhd dah lebih dari mencukupi. Lagipun, macam tak releven lah pulak nak pakai tv sebesar alam bersaiz lebih dari 60 inci kat dlm rumah. Rata2 rumah kat malaysia ni ruang tamu bersaiz kecik dan sederhana saja.
 
sesuai pasang kat kedai mamak nasi kandar satop!! :))
 
4K ni bukan ke kena screen size 60 - 70 inci ke atas baru dpt feel dia tu. Kalau setakat tv size biasa2 macam kita pakai kat rumah tu rasanya baik x payah ber 4K bagai. fullhd dah lebih dari mencukupi. Lagipun, macam tak releven lah pulak nak pakai tv sebesar alam bersaiz lebih dari 60 inci kat dlm rumah. Rata2 rumah kat malaysia ni ruang tamu bersaiz kecik dan sederhana saja.

betul2.. rasanya 4k offer utk tv 40 inci ke atas je..
 
minggu lepas baru download man in black remaster at 4k....mmg jalas sesangat.....
 
4K ni bukan ke kena screen size 60 - 70 inci ke atas baru dpt feel dia tu. Kalau setakat tv size biasa2 macam kita pakai kat rumah tu rasanya baik x payah ber 4K bagai. fullhd dah lebih dari mencukupi. Lagipun, macam tak releven lah pulak nak pakai tv sebesar alam bersaiz lebih dari 60 inci kat dlm rumah. Rata2 rumah kat malaysia ni ruang tamu bersaiz kecik dan sederhana saja.

Tak jugak bro, aku pernah test 4K video kat laptop, memang nampak jelas rambut dari 1080p. Nampak lebih sharp.
Tapi, kalau nak feel sebenarnya kena guna TV yang besar la.
 
Back
Top
Log in Register