BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah Itu 4K?

ohsem

Active Member
Messages
1,895
Joined
Nov 23, 2011
Messages
1,895
Reaction score
62
Points
40
saje nak wat refresh.. untuk org yg blom tau.. walaupun ramai kat sini yg dah tau.. :D

copy paste dari amanz.my:

Hari demi hari, skrin dengan resolusi yang semakin tinggi hadir pada pelbagai peranti, dan semestinya yang paling utama adalah televisyen, telefon pintar dan juga tablet. Pada acara CES 2013, salah satu perkara yang hangat diperkatakan adalah skrin dengan paparan 4K. Jadi, apakah itu 4K?

4K merupakan ringkasan kepada “4000″, dimana menandakan kepada lebar dengan 4,000 pixel. Pada hari ini, salah satu terma yang popular dikalangan pengguna adalah 1080p, menandakan kepada skrin dengan resolusi 1920×1080 pixel. Namun, dengan lebih ramai yang inginkan kualiti lebih baik, maka paparan dan resolusi yang dihasilkan juga lebih menarik berbanding sebelum-sebelum ini.

4k.jpg


Untuk 4K, terdapat beberapa saiz digunakan pada masa kini, yang mana menghampiri kepada saiz 4000×2000 pixel. Untuk memudahkan pengeluar mengeluarkan peranti dengan satu piawaian mudah, pada 2012, pihak Consumer Electronics Association memperkenalkan terma “Ultra High Definition“, dimana sekurang-kurangnya membawakan paparan dengan resolusi 3840×2160 pixel.

Walaupun beberapa televisyen telah diperkenalkan dengan paparan 4K pada CES 2013, namun salah satu masalah buat masa ini adalah kandungan berasaskan 4K masih kurang dipasaran. Kamera yang menyokong untuk merakamkannya juga masih terhad, dan tidak digunakan secara meluas oleh semua.

Di YouTube dan Vimeo sendiri, hanya terdapat beberapa video sahaja dengan paparan 4K, dan mungkin tidak lama lagi, angka video dengan paparan resolusi berkenaan akan meningkat dengan drastik. Namun begitu, walaupun 4K hangat diperkatakan hari ini, mungkin ia akan mengambil masa setahun dua lagi sebelum benar-benar popular, apatah lagi, televisyen dengan paparan 4K masih dijual dengan harga yang amat mahal.


senang citer: 4K = Empat Kali 1080p :)cgrock

sumber: http://amanz.my/
 
lepas ni kalau guna 4k tgk org bole nampak bulu hidung ler :D:D:D
 
Smlm aku g pelancaran camera Sony 2013 di Kuala Lumpur..
Tgk camera video 4K.. perghhh... meleleh.. coming soon sony 4K TV..
 
cepat2la kuarkan 4k tech banyak2..
cepat sikit turun rega tv 1080p..
 
Kualiti 4K memang sharp giler.
Sekarang ni pun 8K dalam development.
 
Back
Top
Log in Register