BTC USD 84,304.0 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apabila Bibik Menulis...

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,664
Joined
May 5, 2008
Messages
9,664
Reaction score
273
Points
91
fORUM UTUSAN MALAYSIA..............

TERLALU pedih rasanya hati saya pada satu hari tanggal 27.10.2009 membaca sebuah akhbar harian yang bertajuk Bibik Indo mati didera majikan. Terasa bergetar dan lemas seluruh sendi tubuh dan tak terasa linangan air mata meleleh di pipi sambil menadahkan tangan “Ya Allah begitu murah dan hinanya darah dan nyawa seorang bibik Indonesia di mata orang berharta?”

Sehingga begitu mudahnya ada seorang manusia yang tak berperikemanusiaan sanggup mendera pembantu rumahnya sehingga di hujung ajalnya.

Sebagai sama-sama orang Indonesia dan senasib menjadi amah, saya amat kecewa dan sedih. Tidak terfikirkah anda apa perasaan ibu, bapa, suami dan anak-anaknya, menerima kenyataan yang dia pergi jauh menyeberang lautan dengan membawa sebuah harapan, membantu menyara ekonomi keluarga, apabila kembali hanya sekujur jasad yang kaku?

Mungkin ada segelintir manusia yang tak berfikir, darah kita sama merah diciptakan Allah. Mengapa kita mesti sombong?

Ya! mungkin ada kalanya sesetengah pembantu kurang memuaskan pada majikan, tapi mengapa seorang yang berpangkat “amah” harus dituntut sempurna dalam semua aspek pekerjaan, pada hal sifat salah dan lupa itu adalah sifat semua manusia, kerana kesempurnaan adalah sifat Pencipta.

Tak bisakah apabila ada kesalahan yang dibuat pembantu, kita tegur dan luruskan secara baik, tak mesti melempiaskan geram dengan mendera. Fikirlah apabila anak-anak anda mengerjakan kesalahan terhadap orang lain, lalu dia diseksa, apa perasaan anda sebagai orang tuanya?

Sebagai seorang manusia yang mempunyai akal (bukan akal tabi’i) kita dapat mengawal hati dan dirinya menerusi akal itu, tetapi dengan kelemahan semula jadi kadang kala kita terjerumus ke dalam hawa nafsu dan perasaan yang menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.

Ingatlah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain hakikatnya dia memahami kelemahan yang ada pada diri sendiri. Ini bermakna anda harus menerima kenyataan dan risiko, semua isi keluarga harus menerima orang baru dalam kehidupan mereka.

Kejujuran dan berterus terang berkaitan pekerjaan yang dilakukan merupakan pendekatan terbaik antara pembantu dan majikan. Bersikap jujur mengenai keperluan anda, kerana pembantu rumah sudah pasti tidak tahu apa sebenarnya yang anda mahukan.

Jangan anda berharap pembantu rumah anda mampu membaca fikiran anda atau bagaimana anda mahukan setiap kerja itu dilakukan seperti yang anda mahukan.

Dan mungkin anda tidak tahu, apabila kami sebagai amah, setiap hari berkejar dengan waktu untuk memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan siap dalam masa tertentu, tengoklah kadangkala jauh sebelum azan Subuh berkumandang dan di saat para majikan masih lena dibuai mimpi, para amah harus bangun dengan mata yang masih terasa pedih, ada yang harus memegang penyapu, ada juga yang terus ke dapur untuk memastikan pekerjaan yang dilakukan tidak terlambat.

Begitupun apabila malam tiba, saat orang semua berada pada pembaringan, amah masih sibuk menyiapkan pekerjaannya dan ada kalanya dia tertidur keletihan.

Esoknya bangun dengan kotoran pinggan yang ada di singki dan rumah yang bersepah bak ibarat kapal pecah. Semuanya kami lakukan dengan besar hati, kerana memang itu sudah menjadi tugas dan kewajipan kami.

Jadi apabila ada satu saja kesalahan yang pembantu buat, tak bisakah anda menerima maafnya.


Bangi">

AdA KE oRANG IsLAM KITA SANGGUP MENDERA AMAH???:-?.
 
astaghfirullahalazim...

berterima kasih la die tolong buat kerja rumah...
 
kebobrokan sikap & nilai manusia sudah tidak terhitung...
penghinaan bukan sahaja kepada peembantu rumah, tp kepada siapa sahaja yg dirasakan boleh dipijak...
 
nilai kemanusiaan sudah tidak ada..yang tinggal hanya sifat kebinatangan..
 
pembantu rumah nak racun majikan pon adaa...



poin die x kira la manusia tu kerja apa, bos atau pekerja, kalau nilai murni dan perikemanusiaan xda dlm diri, cmtu jugak la jdnya.
 
ni bibik tu tulis surat ke dia tulis dalam diari dia..
 
tu belum tuan amah citer pasal amah... dera anak, bunuh majikan, racun majikan, bubuh makanan yang bukan2.. curi.. banyak lagi... namapun manusia lain hulu lain parang.... rambut sama hitam hati lain lain
 
kadang bibik yang kasi sakit hati non-stop sampai majikan hilang akal.. ni faktor yang paling popular sekali..byk prob bibik ni..
 
belum lagi kes bibik amik suami kita.... ish.. aku tak percaya lansung ngan maid ni.... sorry to say.. aku ngan maid sangat2 garang... aku cakap ngan dia pun tinggi suara.. lagi satu... bibik aku takut ngan aku... sekali pandang jer dia dah tau aku x suka... lagi2 pekerja indonesia... aku dari kecik ada maid n until now aku bagi anak aku maid jaga..... dalam banyak2 maid.. ada 1 maid jer yang aku suka.. 5 tahun duduk ngan kami... kesian dia.... tapi.. dia memang baik....rindu kat bibik siti....
 
kadang bibik yang kasi sakit hati non-stop sampai majikan hilang akal.. ni faktor yang paling popular sekali..byk prob bibik ni..

aku sokong yg ni...kalo bibik tak wat hal takkan majikan nak marah?
takkan majikan nak gajikan bibik just untuk dera die?
 
Back
Top
Log in Register