eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Murtad adalah sesuatu perbuatan
yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang Islam yang mukallaf di mana perbuatan atau perkataan itu menyebabkan seseorang tadi keluar dari agama Islam.
Seseorang Islam boleh menjadi murtad disebabkan satu daripada perkara-perkara berikut::
1) Disebabkan i'tiqad (kepercayaan).
2) Disebabkan perbuatan yang sengaja.
3) Disebabkan perkataan yang sengaja.
Seseorang Islam juga boleh menjadi murtad disebabkan i'tiqad (kepercayaan) yang bertentangan dengan aqidah Islam.
Di antaranya:
1) Tidak mengaku bahawa Allah Ta'ala ialah Tuhan yang berhak disembah.
2) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah, atau mengingkari salah seorang rasul yang dahulu diturunkan dari nabi saw.
3) Tidak mengakui bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada nabi Muhammad saw dengan perantaraan malaikat Jibrail.
4) Tidak mempercayai dan meragui hukum-hukum Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran dan hadits Rasulullah saw.
5) Tidak mengakui adanya malaikat-malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada malaikat-malaikat itu.
6)Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa hari Qiamat itu akan datang; dan yang berkaitan dengan hari Qiamat, seperti Syurga, Neraka, dan lain-lainnya.
7) Tidak mempercayai Qadha' dan Qadar, iaitu buruk atau baiknya semuanya ditentukan dan datang dari Allah Ta'ala.
8) Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijma' (kesepakatan) sahabat-sahabat Nabi saw dalam perkara hukum-hukum agama (ijma' sahabat).
9) Menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan Allah dengan dalil-dalil Qath'ei (dalil yang sudah mutlak) seperti menghalalkan zina, minum arak, makan riba, dan sebagainya.
10) Mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan Allah dengan dalil-dalil Qath'ei, seperti jual beli, berkahwin, sewa menyewa dan sebagainya.
11) Mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam sebagai suatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama, seperti mengingkari sembahyang, bilangan waktunya, bilangan raka'atnya.
12)Tidak mengakui kewajiban yang telah ditsabitkan dengan dalil-dalil Qath'ie, seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa sebulan Ramadhan, Zakat, Haji, dan sebagainya.
Perbuatan-perbuatan yang menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad di antaranya adalah::
1) Sembah sujud berhala.
2) Sujud menyembah matahari dan bulan.
3) Sujud kepada makhluk-makhluk lain, seperti sujud kepada manusia, haiwan, kayu dan batu.
4) Membuangkan Al-Quran atau hadits nabi saw ke dalam najis atau memijaknya.
Seseorang Islam yang melakukan perbuatan-perbuatan yang disebutkan di atas, sama ada kerana
a) sengaja atau
b) sombong dan takbur, atau
c) hendak menghinakan agama Islam
boleh menyebabkan ianya menjadi murtad dan kafir.